(VIDEO) Rupanya Bukan Sebab Enjin Tak Dimatikan, Ini Punca Sebenar Kereta Terbakar Di Stesen Minyak

Kehidupan

(VIDEO) Rupanya Bukan Sebab Enjin Tak Dimatikan, Ini Punca Sebenar Kereta Terbakar Di Stesen Minyak

Insiden kebakaran di stesen minyak pernah dilaporkan terjadi tidak kiralah di Malaysia ataupun di luar negara.

Meskipun ianya boleh dianggap kes terpencil, namun pemilik kenderaan perlulah mengambil langkah keselamatan sewajarnya ketika mengisi minyak di mana-mana stesen minyak.

Advertisement

Antara perkara-perkara yang dilarang ketika mengisi minyak adalah mematikan enjin kenderaan, jangan bermain telefon dan dilarang menghisap rokok di stesen minyak.

Baru-baru ini, tular di media sosial Twitter apabila sebuah video memaparkan sebuah kereta terbakar ketika pemiliknya sedang mengisi minyak.

Malah, kereta tersebut dilihat berada dalam keadaan enjin menyala ketika pemiliknya sedang mengisi minyak.

Namun begitu, netizen merasakan punca kebakaran kereta tersebut bukanlah kerana enjin kereta yang hidup tetapi tindakan menutup pintu yang menjadi punca api tercetus dari tempat mengisi minyak.

Sebenarnya bukan sebab mati enjin ke tak. Pintu tu main peranan. Masa nak isi minyak jangan buka pintu. Udara dalam kereta sejuk, kat luar panas. Boleh buat ‘spark’ electrostatic’.

Kebanyakan pengguna media sosial beranggapan bahawa tindakan budak lelaki membuka pintu dan menutup pintu ketika mengisi minyak telah mencetuskan ‘elektrostatik’ lalu terjadinya kebakaran.

Namun begitu, adalah disarankan untuk pengguna menutup enjin kenderaan kerana mungkin akan kehilangan fokus ketika mengisi minyak, tertarik hos & nozzle bila enjin menyala dan kejadian jenayah seperti mencuri kereta mungkin berlaku.

TwitterSumber : Twitter 

Mengaji Al-Quran RM30 seminggu
2 years ago

“Nak Murah Ajar Sendiri..” - Netizen Berang Pelajar Kedekut, Kelas Mengaji Al-Quran RM30 Seminggu Didakwa Mahal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...