Sebelum ini, kecoh di rata-rata media sosial mengenai berita kemenangan pelakon Hollywood, Johnny Depp selepas juri mendapati kenyataan Amber Heard mengenai perkahwinannya mereka adalah palsu dan didakwa telah berniat jahat.
Selepas kalah dalam kes saman fitnah tersebut, Amber Heard enggan membayar ganti rugi lebih daripada AS$10 juta (RM43.85 juta) kepada bekas suaminya. Lapor Sinar Harian.
Malah, kenyataan itu dikuatkan dengan pengumuman yang dibuat oleh peguam Amber Heard selepas juri memberikan ganti rugi tersebut kepada Johnny Depp yang menang dalam kes fitnah terhadapnya.
Oh tidak, sama sekali tidak.
Ditanya pada program televisyen Today jika Heard akan dapat membayar ganti rugi tersebut, peguamnya, Elaine Bredehoft menjawab Heard mahu membuat rayuan berhubung keputusan itu.
Terdahulu, Depp telah menyaman Heard sebanyak AS$50 juta (RM219.63 juta) kerana memfitnahnya dalam satu artikel di akhbar The Washington Post pada tahun 2018 yang menggelarkan Depp sebagai tokoh awam mewakili penderaan domestik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.