“Sama-Sama Pelat, Mungkin Ada Jodoh..” King Coco Kata Tak Minat Kenal Dengan Caprice

Hiburan

“Sama-Sama Pelat, Mungkin Ada Jodoh..” King Coco Kata Tak Minat Kenal Dengan Caprice

Sekian lama menyepi daripada media sosial, pemilik nama King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail, kembali menjadi buah mulut netizen apabila dia tampil mendedahkan bahawa sudah bercerai dengan suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor.

King Coco
3 years ago

"Bagitahu Sebab Ada Yang Diganggu" - King Coco Akui Dah Lama Bercerai Bersama Bekas Suami

Advertisement

Ibu tunggal anak dua ini menjelaskan mengenai status dirinya setelah mendapat perbincangan baik bersama bekas suaminya untuk memaklumkan mengenai perkara tersebut.

Susulan daripada itu, muncul pula idea-idea ‘nakal’ daripada netizen yang ingin menjodohkan ibu tunggal anak kedua itu dengan penyanyi rap, Caprice.

Kata netizen, keduanya seperti sesuai untuk dijodohkan kerana mempunyai persamaan yang sama iaitu pelat dalam bertutur.

King Coco yang ditemubual secara maya oleh sebuah media berkata dia tidak minat dijodohkan dengan Caprice dan turut berkata penyanyi rap itu tidak mempunyai ciri-ciri lelaki pilihan.

“Takde, Caprice tidak menepati cita rasa saya. Maaf Caprice..” ujarnya berseloroh dalam temu bual tersebut.

Katanya lagi, hatinya masih terbuka untuk menemui orang baru namun tidak untuk buat masa sekarang.

King Coco dalam pada itu menjawab persoalan peminat mengenai status kedua anaknya yang kini berada di bawah penjagaan dia sepenuhnya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...