Nama Ustazah Siti Afifah nampaknya telah menjadi bualan hangat netizen berikutan dia ada tampil menyelar tindakan suami yang membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki sebagai seorang yang dayus.
Tidak cukup dengan itu, pendakwah itu ada mengulas mengenai isu seseorang itu boleh kehilangan jiwa dan roh mereka jika bersalaman dengan golongan selebriti.
Kata Ustazah itu, jika seseorang itu bersalaman dengan artis, roh dan jiwa dalaman itu akan rosak berbanding dengan bersalaman dengan orang tua dan alim ulama.
Terkesan dengan cara penyampaian Ustazah itu, penyanyi Aishah tampil memberi pandangan selain menyifatkan pendakwah itu sebagai seorang yang keras dan tidak sepatutnya berkata demikian.
View this post on Instagram
Ustazah hina golongan kami, patutnya selebriti ini awak bimbing bukan kata begitu. Kenapa kata apabila bersalaman dengan artis roh orang itu akan hilang?
Ustazah dah hina sekelompok artis yang terpalit dengan apa yang ustazah cakap, sanggup ke nak cari kami di akhirat nanti?
Ujarnya lagi, penyampaian dakwah yang dilakukan Ustazah Siti Afifah itu boleh memberi pandangan yang buruk kepada agama yang lain.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut bersetuju dengan luahan hati penyanyi lagu Janji Manismu itu.
“Nama saja ustazah, buat malu golongan agamawan. Sokong apa yang kak Aishah kata.” tulis netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.