“Salah Saya Sendiri” – Elvina Mohamad Mohon Maaf Pakaian Terlalu Seksi Di KLFW

Hiburan

“Salah Saya Sendiri” – Elvina Mohamad Mohon Maaf Pakaian Terlalu Seksi Di KLFW

Pelakon, Datin Elvina Mohamad, baru-baru ini menerima komen pedas dari netizen kerana pakaian yang digayakan sempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) yang dianggap terlalu seksi.

Susulan isu tersebut, Elvina atau nama sebenarnya, Norzalina Mohamad, memohon maaf atas penampilannya yang mungkin menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Advertisement

Menurut sumber, Elvina menerangkan dia hanya sekadar menggayakan pakaian rekaan Alia Bastamam, dan tidak menyangka perkara itu akan menjadi bualan netizen.

Tak adalah saya pakai baju macam itu hari-hari. Saya gayakannya ketika hadir memberi sokongan kepada Alia Bastamam. Dia juga minta saya gayakan baju itu yang mana koleksi terbaru itu akan dilancarkan tidak lama lagi.”

Dalam pada itu, pelakon Cinta Si Wedding Planner tersebut menerima kecaman dengan hati yang terbuka dan mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku.

Salah saya sendiri. Tidak semua orang atau pengikut boleh terima saya berpakaian begitu. Maafkanlah saya andai ada yang tidak senang dengan apa yang berlaku.

Tambahnya lagi, sesetengah pihak mungkin tidak boleh menerima cara pemakaiannya ketika acara berkenaan kerana watak yang selalu dilakonkan lebih kepada wanita yang lemah lembut di kaca televisyen.

Saya rasa mungkin itu juga menjadi punca. Selama ini saya sering bawa watak lemah lembut dalam drama. Mungkin disebabkan itu, mereka terkejut nampak saya pakai begitu( seksi). Sekali lagi saya tekankan, saya cuma menyokong Alia Bastamam untuk koleksi busana terbarunya. Itu sahaja.”

Sumber : OH BULAN! 

Walau bagaimanapun, ruangan komen bagi posting yang dibuat di Instagram milik Elvina telah ditutup susulan kecaman yang dilontarkan oleh netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

2 years ago

"Gitu Je Baju Dia" - Terlalu Seksi, Netizen Doakan Amelia Henderson Jumpa Lelaki Yang Boleh Bimbing

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OH BULAN!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...