“Gitu Je Baju Dia” – Terlalu Seksi, Netizen Doakan Amelia Henderson Jumpa Lelaki Yang Boleh Bimbing

Hiburan

“Gitu Je Baju Dia” – Terlalu Seksi, Netizen Doakan Amelia Henderson Jumpa Lelaki Yang Boleh Bimbing

Sebelum ini, acara minggu Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022) telah diadakan di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur dari 17 hingga 21 August.

Malah, acara itu turut dihadiri oleh ramai kalangan artis dan pempengaruh media sosial bagi memeriahkan lagi minggu fesyen tersebut sambil memperagakan busana hasil daripada karya pereka-pereka fesyen terkenal tanah air.

Advertisement

Tidak ketinggalan, pelakon jelita, Amelia Henderson turut menghadiri majlis tersebut dengan menggayakan dress pendek berwarna silver.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, dapat dilihat pakaian yang diperagakan oleh pelakon itu agak seksi dan menjolok mata sehingga menimbulkan rasa tidak selesa orang ramai.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa kecewa melihat cara pemakaian Amelia dan mendoakan agar dia segera bertemu lelaki yang dapat membimbingnya menjadi muslimah yang lebih baik memandangkan dia merupakan seorang mualaf.

Allahuakbar, tak tahu la sekarang ni duduk dekat Malaysia ke duduk dekat luar negara. – Netizen.

ok lagi kot baju hitam Aina tu,” tulis seorang warganet.

Mualaf, tapi tak boleh salahkan dia jugak… tak ada siapa yang tolong bimbing dia, ex husband pun tak berapa nak ok,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 bulan lalu

"Tak Jumpa Chemistry.." - Renggo Arrow Kekok Berduet Dengan Nabila Razali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    September 2, 2022 at 9:35 am

    Dia convert Islam pun sbb kawen. Susah klu orng convert Islam sbb kawen. Lainla klu dia convert masuk Islam dulu, sendiri ada keinginan masuk Islam. Dah cerai, siapa lagi nak ajar dia Islam. Memang kena ada orang bimbing dia.

  2. Anonymous

    August 24, 2022 at 12:09 pm

    kalau dah dewasa dan boleh berfikir, takkan nak tunggu sang suami utk bimbing baru boleh baiki diri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...