“Sakitnya..” – Pengorbanan Ibu, Sembunyi Kematian Suami Agar Anak Lelaki Fokus Jawab SPM

Kehidupan

“Sakitnya..” – Pengorbanan Ibu, Sembunyi Kematian Suami Agar Anak Lelaki Fokus Jawab SPM

Ayah merupakan seorang yang sangat memainkan peranan penting dalam hidup sesebuah keluarga terutama untuk anak-anak.

Kehilangan seorang ayah sememangnya perit, lagi perit apabila tidak dapat bersama sewaktu dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Advertisement

Itulah yang dilalui oleh seorang remaja lelaki, dimana si ibu terpaksa mengunci mulut mengenai pemergiaan suami agar anaknya dapat menghabiskan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan tenang.

Sesudah selesai menjawab ujian tersebut dan keluar dari dewan, si ibu terus berjumpa dengan anak lelaki untuk memberitahu bahawa ayahnya sudah pun dijemput Ilahi.

Situasi tersebut sememangnya sangat menyedihkan dan dapat dilihat dalam video yang dimuat naik, remaja lelaki itu seakan-akan tidak dapat menerima berita tersebut, lalu terduduk sambil dipeluk ibunya.

komen netizen

komen netizen

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen turut berasa sedih melihat video tersebut dan ada juga yang memahami perasaan sedih remaja itu apabila tidak dapat lihat arwah ayah buat kali terakhir.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu telah meraih lebih 500,000 ribu tontonan dan 72,000 tanda suka daripada pengguna TikTok.

2 years ago

"Tarikh Anniversary Sama Dengan Pemergian Ayah" - Bapa Meninggal Lepas Balik Dari Pejabat Agama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...