“Sakit Biasa-Biasa Tak Cover” – Netizen ‘Kritik’ Plan Insurans Mahal, Ejen Ini Tampil Bidas Kenyataan

Kehidupan

“Sakit Biasa-Biasa Tak Cover” – Netizen ‘Kritik’ Plan Insurans Mahal, Ejen Ini Tampil Bidas Kenyataan

Baru-baru tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter meluahkan rasa tidak puas hati dengan plan ‘coverage’ skim-skim insurans dan takaful di Malaysia dan turut membuat perbandingan dengan sistem insurans individu yang menetap di Jerman.

Kata individu tersebut, dia telah membelanjakan RM300 sebulan tapi apabila sakit biasa seperti demam tidak layak pula dilindungi oleh skim insurans yang diambil.

Advertisement
TwitterSumber : Twitter  

 

Aku bayar plan dekat RM300. Demam tak cover. Pergi klinik biasa sakit-sakit biasa tak cover. Kalau admit tak cover.

Kalau admit sebab sakit yang dah wujud lama sebelum ambil plan tapi kita tak tahu, dia tak cover. Bila masa dia cover pun aku tak tahu.

Berikutan tularnya tweet tersebut, seorang individu yang juga ejen insurans telah tampil menangkis dakwaan dan menjelaskan apa sebenarnya salah faham yang sering terjadi apabila seseorang itu mengambil insurans dengan mana-mana ejen.

Ujar individu yang dikenali sebagai Adzren Adnan ini, kebanyakan masalah yang terjadi adalah disebabkan oleh masalah komunikasi.

Ujarnya lagi panjang lebar dalam hantaran Facebook itu, seseorang yang mengambil mana-mana insurans perlulah jelas dengan apa yang diambilnya adakah Takaful atau Insuran, fungsi dan perkara-perkara mustahak yang lain seperti di bawah:

 

InsuransSumber : Facebook 

 

Nasihatnya lagi, jikalau anda ingin mencari ejen yang berkualiti, pastikan anda membuat janji temu bersama ejen terlibat dan dapatkan semua maklumat secara terperinci dan bukanlah hanya untuk mendapatkan sebut harga semata-mata.

Finalis miss Malaysia
3 years ago

“Saya Tak Anggap Saya Rakyat Malaysia” - Finalis Miss Malaysia Dikecam, Berharap ‘Dilahirkan’ Di Negara China

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...