Sajat Teruja Nak Balik Malaysia Tak Lama Lagi – “Mesti Ramai Orang Nak Tangkap Gambar Dengan Aku”

Trending

Sajat Teruja Nak Balik Malaysia Tak Lama Lagi – “Mesti Ramai Orang Nak Tangkap Gambar Dengan Aku”

Usahawan sensasi, Nur Sajat yang kini menetap di Australia memaklumkan dia akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi.

Menerusi siaran langsung di laman TikTok, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman meluahkan rasa teruja untuk pulang  ke Tanah Air setelah sekian lama menetap di negara orang.

Advertisement

Bukan itu sahaja, usahawan berusia 28 tahun itu berkata dia tidak sabar untuk pulang kerana yakin kepulangannya pasti disambut meriah oleh peminat di Malaysia.

Malah, Sajat turut mengatakan peminat pasti akan berpusu-pusu untuk mengambil gambar bersamanya.

Sajat rasa, kalau Sajat balik Malaysia. Sajat rasa banyak orang nak tangkap gambar dengan Sajat. Kau rasa betul tak? Ha gitu! Artis nombor satu balik.

Jelasnya lagi, dia akan pulang ke Malaysia dalam masa setahun lebih lagi memandangkan dia sudah tinggal di Australia selama dua tahun.

Lagi beberapa tahun sahaja lagi, ni Sajat dah dua tahun. Lagi setahun lebih je, lepastu dah boleh balik dah.

@sajatperempuanfuh

BENDA YANG SAJAT BUAT BILA BALIK MALAYSIA #sajat #nursajat #fyp #fyp? #viral #fyp??viral

? original sound – SajatNur – SajatNur

Meninjau di ruangan balas, rata-rata peminat mengakui rasa teruja untuk menunggu kepulangan Sajat ke Tanah Air.

titok

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fasha Sandha dituduh buat pembedahan bariatrik
10 months ago

"Misi HUKM Mana Yang Sebar Cerita Palsu?" - Fasha Sandha Berang Dituduh Buat Pembedahan Potong Usus

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...