“Misi HUKM Mana Yang Sebar Cerita Palsu?” – Fasha Sandha Berang Dituduh Buat Pembedahan Potong Usus

Hiburan

“Misi HUKM Mana Yang Sebar Cerita Palsu?” – Fasha Sandha Berang Dituduh Buat Pembedahan Potong Usus

Pelakon jelita, Fasha Sandha meluahkan rasa berang apabila dirinya menjadi mangsa fitnah apabila dia dituduh membuat pembedahan bariatrik untuk cepat kurus.

Fasha menerusi Instagram kemudiannya tampil menafikan dakwaan itu dan meminta individu itu untuk menyelidik dahulu sebarang info sebelum menyebarkan andaian itu kepada umum.

Advertisement

Tambahnya lagi, dia tidak akan memandang rendah pada mereka yang menjalani rawatan bariatrik kerana ada yang melakukannya atas faktor kesihatan dan nasihat doktro.

Penurunan berat badan saya bukan cepat, ianya mengambil masa lebih 6 bulan. Sekarang saya hanya jaga pemakanan saya, exercise dan malam-malam ambil berryfull.

Dia juga meminta individu-individu yang menyebarkan berita palsu itu untuk menampilkan bukti atau membuat permohonan maaf secara terbuka.

Misi HUKM mana yang menyebarkan berita palsu? Saya jaga ibu saya 3 tahun lalu, alih-alih buat cerita saya buat bariatric. Saya harap perkara ini boleh dijadikan pengajaran agar…

…jangan mudah nak gunakan sosial media untuk menyebarkan berita palsu sebelum mendapat kesahihan.

Terdahulu, seorang individu mendakwa dia ada mendengar mengenai cerita khabar angin yang mendakwa Fasha Sandha melakukan pembedahan bariatrik bagi tujuan menguruskan badan.

Ariff bahran
11 months ago

"Kongsi Lagu Orang Tak Peduli, Konten Bodoh Baru Ramai Tengok" - Tayang Duit Berkepuk Dalam Peti Sejuk, Ariff Bahran Tak Kisah Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...