“Kongsi Lagu Orang Tak Peduli, Konten Bodoh Baru Ramai Tengok” – Tayang Duit Berkepuk Dalam Peti Sejuk, Ariff Bahran Tak Kisah Dikecam

Hiburan

“Kongsi Lagu Orang Tak Peduli, Konten Bodoh Baru Ramai Tengok” – Tayang Duit Berkepuk Dalam Peti Sejuk, Ariff Bahran Tak Kisah Dikecam

Penyanyi Ariff Bahran baru-baru ini dikecam warga maya apabila dia ada berkongsi video wang berkepuk yang disimpan dalam peti sejuk.

Namun begitu, ujar pelantun lagu Bicara Rasa ini, dia sedikit pun tidak tergores hati dengan komen-komen negatif yang ditinggalkan netizen buat dirinya.

Advertisement

Jelas Ariff, video tersebut hanyalah sekadar konten dan sudah menjelaskan kepada pengikutnya tentang tujuan dan sumber wang yang disimpan dalam peti sejuk.

Apa saya buat ini sekadar suka-suka sahaja malah sudah menjelaskan kepada pengikut, saya simpan duit dalam akaun saya di bank tapi ada komitmen yang saya perlu bayar secara tunai.

Dia dalam pada itu tidak menyangka bahawa video berkenaan menjadi tular tetapi tidak pula berkenaan karier dan perjalanan seninya.

Saya tak sangka video itu menjadi viral. Saya kongsi mengenai lagu-lagu saya kurang dapat perhatian tapi bila kongsi mengenai hal peribadi saya ramai pula yang ingin ambil tahu.

“Untuk konten yang bodoh ramai pula yang beri saya tontonan.” ujarnya lagi.

Siti Khadijah Biadab
11 months ago

"Kat Sini Siapa Famous Selain I?" - Dituduh Biadab Dan Berlagak Diva, Ini Penjelasan Siti Khadijah

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar Online

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...