“Kat Sini Siapa Famous Selain I?” – Dituduh Biadab Dan Berlagak Diva, Ini Penjelasan Siti Khadijah

Hiburan

“Kat Sini Siapa Famous Selain I?” – Dituduh Biadab Dan Berlagak Diva, Ini Penjelasan Siti Khadijah

Pelakon baru yang namanya semakin meningkat naik, Siti Khadijah semalam menjadi tumpuan dan bahan bualan warga maya di Twitter.

Aktres itu didakwa mempunyai perangai mengalahkan ‘diva’ dan berlaku biadab oleh sesetengah netizen.

Advertisement

Nama Siti Khadijah menjadi kontroversi gara-gara ‘trend’ artis baik dan artis biadab yang menjadi popular setelah ia  diciapkan di Twitter.

Siti Khadijah biadabSumber : Gempak.com  
Siti khadijah biadabSumber : Twitter  

Maklum dengan kontroversi itu, Siti Khadijah yang ditemui media memberitahu bahawa dia tidak mengingati insiden seperti itu terjadi dalam hidupnya.

Saya dapat tahu hal ini daripada kawan saya. Saya terkejut sebab saya tak kacau sesiapa tiba-tiba ada orang bercakap tentang saya.

Sebenarnya saya tak ingat dan tak kenal mereka yang menuduh saya. Mungkin pada waktu itu saya sedang bergurau dan saya dalam mood happy. Bagi yang kenal saya, semua tahu perangai saya macam mana.

Dia dalam pada itu turut memohon maaf kepada individu yang terjejas dan tidak selesa dengan perbuatannya itu.

“Walau apa pun saya nak minta maaf jika ada terguriskan hati sesiapa. Mungkin saya salah, saya khilaf. Pada masa akan datang, saya akan lebih berhati-hati untuk tidak bergurau dengan sesiapa. Saya relax dan senyum sahaja.” ujarnya lagi.

Puteri Sarah terbit buku
11 months ago

"Dah Baik Dengan Dia, Jadi 'Friend-Friend'" - PS Lancar Buku Baru, Tulis Yang 'Murni-Murni' Tentang Sol

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...