“Dah Baik Dengan Dia, Jadi ‘Friend-Friend'” – PS Lancar Buku Baru, Tulis Yang ‘Murni-Murni’ Tentang Sol

Hiburan

“Dah Baik Dengan Dia, Jadi ‘Friend-Friend'” – PS Lancar Buku Baru, Tulis Yang ‘Murni-Murni’ Tentang Sol

Pelakon Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa teruja dan gembira apabila buku terbitannya, Puteri Sarah : Terus Melangkah telah pun mula dijual sejak semalam.

Jelas Sarah, buku itu tidak menyentuh sebarang isu dan kontroversi yang melanda rumah tangganya baru-baru ini.

Advertisement

Malah, ibu kepada dua anak itu juga ada meminta kebenaran daripada suami sebelum melancarkan buku tersebut kepada umum.

Sarah pun dah bagitahu kat Syamsul yang saya nak keluarkan buku. Saya kata ‘I nak keluarkan buku tau, tapi tak ada kena mengena dengan you..respons dia, dia kata okay.

Sepanjang menyiapkan naskah sulungnya itu, Sarah mengakui dia banyak mengalir air mata sepanjang penulisan selain mengakui kekuatan untuk menghabiskan buku tersebut datang daripada ibu bapa, keluarga mentua dan anak-anak.

Buku ini bukan cerita benda yang tidak elok atau membuka aib sesiapa, hanya menceritakan perkara yang baik sahaja. Banyak nak tulis tapi disebabkan banyak yang nak kena tapi, itulah dia.

Jelas Sarah lagi, dia dan Syamsul kini berada dalam keadaan baik sahaja dan rapat seperti kawan.

“Kita dah baiklah dengan dia, kita dah jadi friend-friend dah yang penting kena tulis yang baik-baik pasal dia” ujarnya lagi.

Azhar Sulaiman
11 months ago

(VIDEO) "Tolong Jadi Bijak Macam Daddy" - Pesanan Azhar Sulaiman Buat Kasih Leona Bikin Netizen Terhibur

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Xtra.com.my

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...