(VIDEO) “Tolong Jadi Bijak Macam Daddy” – Pesanan Azhar Sulaiman Buat Kasih Leona Bikin Netizen Terhibur

Hiburan

(VIDEO) “Tolong Jadi Bijak Macam Daddy” – Pesanan Azhar Sulaiman Buat Kasih Leona Bikin Netizen Terhibur

Pelakon berkaliber, Azhar Sulaiman tampil memberi nasihat buat anak perempuannya, Kasih Iris Leona gara-gara kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini.

Azhar menerusi laman TikTok dilihat bersahaja memberikan nasihat dan juga panduan untuk terus kekal relevan dalam industri seni.

Advertisement

Kata Azhar, ‘rahsia’ untuk terus dikenali dan diingati peminat adalah sentiasa sensitif dan peka dengan apa yang ditunjukkan dalam media sosial.

Awak (Kasih Iris) kena jadi bijak dan ingat kebanyakan yang mengikuti kita adalah orang Melayu dan beragama Islam. Jadi tolong sensitif dengan kandungan yang dimuat naik.

Jadi bijak la, macam Daddy kalau pergi parti, pergi Changkat ke berjimba ke, private party, tak kongsi di media sosial.

Azhar juga berharap agar anaknya itu baik-baik sahaja ketika berada di luar negara dan belajar sesuatu daripada kontroversi tersebut.

Perkongsian aktor itu telah mencuri perhatian netizen yang merasakan Azhar sudah mencuba untuk menjadi bapa yang terbaik untuk anak-anaknya.

Terdahulu, Kasih Iris dikecam hebat gara-gara memuat naik video dirinya hanya berbikini ketika mandi di satu lokasi percutian di Warleigh Weir, United Kingdom.

Ia sekaligus membuatkan netizen mempersoalkan tingkah laku anak gadis itu yang dikatakan keterlaluan sebagai seorang muslim.

10 months ago

"Leona Dah Remove Video Tu.." - Mandi Sungai Pakai 'Bikini' Putih, Azhar Sulaiman Akur Silap Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...