Usahawan sensasi, Nur Sajat yang kini menetap di Australia memaklumkan dia akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi.
Menerusi siaran langsung di laman TikTok, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman meluahkan rasa teruja untuk pulang ke Tanah Air setelah sekian lama menetap di negara orang.
Bukan itu sahaja, usahawan berusia 28 tahun itu berkata dia tidak sabar untuk pulang kerana yakin kepulangannya pasti disambut meriah oleh peminat di Malaysia.
Malah, Sajat turut mengatakan peminat pasti akan berpusu-pusu untuk mengambil gambar bersamanya.
Sajat rasa, kalau Sajat balik Malaysia. Sajat rasa banyak orang nak tangkap gambar dengan Sajat. Kau rasa betul tak? Ha gitu! Artis nombor satu balik.
Jelasnya lagi, dia akan pulang ke Malaysia dalam masa setahun lebih lagi memandangkan dia sudah tinggal di Australia selama dua tahun.
Lagi beberapa tahun sahaja lagi, ni Sajat dah dua tahun. Lagi setahun lebih je, lepastu dah boleh balik dah.
@sajatperempuanfuh BENDA YANG SAJAT BUAT BILA BALIK MALAYSIA #sajat #nursajat #fyp #fyp? #viral #fyp??viral
Meninjau di ruangan balas, rata-rata peminat mengakui rasa teruja untuk menunggu kepulangan Sajat ke Tanah Air.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.