Sajat Hina JAIS Sebagai ‘Lembab’, Dr Rafidah Minta Ibu Bapa Doakan Anak Kembali Bertaubat Kepada Allah

Hiburan

Sajat Hina JAIS Sebagai ‘Lembab’, Dr Rafidah Minta Ibu Bapa Doakan Anak Kembali Bertaubat Kepada Allah

Sentiasa menjadi ‘spotlight’ dan tumpuan meskipun sudah berhijrah ke negara lain, Muhammad Sajjad atau dikenali sebagai Sajat kembali menjadi bahan bualan ramai apabila dia dikatakan telah menghina Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam video terbarunya.

Dalam video tersebut, Sajat mengatakan JAIS sebagai lembab dan bertindak lambat dalam mengambil tindakan ke atasnya sehingga dia sempat melarikan diri ke luar negara.

Advertisement

Berikutan itu, Pensyarah Fisiolagi dari Universiti Sains Islam Malaysia iaitu Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar menerusi sebuah perkongsian di Facebook milikya telah meminta agar mereka di luar sana tidak ‘terlalu teruja’ dengan video Sajat tersebut.

Tak ada apa yang memeranjatkan melihat Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memperolok-olokkan JAIS dalam TikTok terbaru beliau.

Kata Dr Rafidah, dia yakin JAIS telah menjalankan tugas mereka dengan baik bagi mempertahankan kesucian agama Islam.

Dia dalam pada itu turut meminta agar ibu bapa Sajat di rumah agar sentiasa mendoakan anak mereka agar kembali bertaubat ke jalan yang benar dan menjelaskan apa sebenarnya kesilapannya.

Justeru itu saya berharap agar ibu dan bapa kepada Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendoakan agar beliau kembali ke jalan yang benar. Terangkan dengan jelas kesilapannya.

Dr Rafidah juga sempat berkongsikan pengalamannya menyantuni golongan mak nyah ini di mana dia mendedahkan bahawa ramai sebenarnya yang tertekan kerana sering didiskriminasi masyarakat serta stigma negatif daripada orang ramai.

Sajat Marzuk
2 years ago

"Sajat Tetap Seorang Lelaki Di Malaysia, Ikut Kad Pengenalan" - Timbalan Menteri Agama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...