“Sajat Tetap Seorang Lelaki Di Malaysia, Ikut Kad Pengenalan” – Timbalan Menteri Agama

Hiburan

“Sajat Tetap Seorang Lelaki Di Malaysia, Ikut Kad Pengenalan” – Timbalan Menteri Agama

Semalam, kecoh seketika di media sosial apabila usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memaklumkan di Instagram Live  bahawa dia telah berjaya menukar status jantinanya kepada seorang wanita kini.

Perkara itu dilihat telah mendapat perhatian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary yang menegaskan bahawa status jantina Sajat adalah masih sebagai seorang lelaki di negara ini, seperti laporan Sinar Harian.

Advertisement
MarzukSumber : Google  

Tegasnya, maklumat yang tertera di kad pengenalannya adalah penentuan jantina yang sebenar meskipun lelaki itu telah bertukar menjadi wanita.

Itu di negara lain. Dalam negara kita, dia tetap lelaki sebagaimana dalam kad pengenalannya.

 

Sama ada dia nak pilih negara mana, alam mana untuk tentukan jantina tu, kita tak campur. Itu dia punya pasal.

Perkara tersebut disuarakan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama itu kepada pemberita semalam di Putrajaya.

Terdahulu, Sajat mengumumkan bahawa dia kini bergelar wanita dan berasa seperti ‘dilahirkan semula’ kerana kejayaannya itu.

Akui Sajat dia berasa bangga dan lebih bebas bergelar sebagai seorang wanita selain lebih bahagia menjalani kehidupan baru di Australia setelah berhijrah ke sana semenjak Oktober tahun lalu.

sajat
2 years ago

"Saya Bangga Menjadi Wanita" - Sajat Berjaya Tukar Status Jantina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...