“Saya Bangga Menjadi Wanita” – Sajat Berjaya Tukar Status Jantina

Hiburan

“Saya Bangga Menjadi Wanita” – Sajat Berjaya Tukar Status Jantina

Usahawan kontroversi, Nur Sajat memaklumkan bahawa dia sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.

Menerusi sesi Live di Instagram miliknya, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berkata dia berasa seperti dilahirkan semula.

Advertisement

Malah, dia sangat gembira kerana proses untuk menukar status jantina di negara itu mudah untuk dilakukan.

Saya tukar gender saya. Saya rasa selesa menjadi wanita, saya hargai sebab negara ini faham keadaan saya dan saya rasa sangat bebas sekarang.

Ditanya oleh pengikutnya sama ada dia akan menukar namanya, usahawan itu memaklumkan dia akan kekal menggunakan nama Nur Sajat.

Saya boleh jadi diri sendiri, saya bangga menjadi wanita. Terasa seperti dilahirkan semula, ini yang saya mahukan. Saya mahu orang terima saya.

Menurutnya lagi, dia bangga dengan nama ‘Nur Sajat’ kerana nama itu telah dikenali oleh satu dunia dan merupakan satu dalam sejuta.

Terdahulu, Nur Sajat memilih untuk memulakan kehidupan baru di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana berasa tidak selamat tinggal di Malaysia.

tya ariffin dikecam netizen
2022-02-22 15:16:40

"Macam Sisters Gereja.." - Gaya Tudung Lilit Belakang Dikecam, Tya Ariffin Mohon Maaf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo