Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Berita

Sajat Diburu Polis Lagi, Bantu Siasatan Kes Tipu Maklumat Kad Pengenalan

Usahawan kosmetik, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman diburu polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Advertisement

Dalam satu kenyataan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya memaklumkan Sajat merupakan saksi kes dalam prosiding perbicaraan dan perlu hadir ke Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai nanti.

sajat diburu polis

Memetik laporan Astro Awani, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Jika sakit kesalahan, usahawan berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama 10 tahun dan boleh dikenakan sebat serta denda.

polis buru sajat

Advertisement

Dalam kenyataan tersebut, Sajat dipercayai dikesan beralamat terakhir di No 2, Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petaling Jaya.

Saksi atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat,  Inspektor Syafrina Nadzleen Ibrahim di talian 019-2692954.

SUMBER : Astro Awani
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. brunes

    June 15, 2021 at 9:28 am

    bila kah pondan ni akan tertangkap, habis bala dia 1 dunia yang tempias!

  2. Dida

    June 14, 2021 at 6:53 pm

    Haish. .mcm2lah polis nak siasat kes jat ni. .hujung2 senyappppp. .nan hadoooo

    • Armadan Hamdan

      June 14, 2021 at 7:22 pm

      Senyap dan terbengkalai jawabnya..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top