Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dipercayai Berada Di Luar Negara, KPN ‘Pujuk’ Sajat Untuk Serah Diri Ke Mahkamah

Usahawan kosmetik penuh kontroversi, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang kini masih dijejaki pihak berkuasa nampaknya telah menarik perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

SajatSumber : Google  

Seolah-olah ‘memujuk’ Sajat, Abdul Hamid Bador menggesa agar Sajat segera serah diri dan keluar daripada tempat persembunyiannya.

Advertisement

Perkembangan terbaru, pihak polis masih belum memperoleh sebarang berita mengenai kedudukannya terkini namun dipercayai Sajat dipercayai sedang berada di luat negara.

Ujar Ketua Polis Negara lagi, pihak polis turut berasa hairan dengan tindakan Sajat yang baginya tidak perlu takut memandangkan dia tidak menghadapi sebarang pertuduhan jenayah serius atau hukuman yang berat dikenakan terhadapnya di mahkamah.

Hamid BadorSumber : Google  

Abdul Hamid turut memberitahu bahawa pihak mereka sebelum ini telah berjaya mengesan kedudukan Sajat namun terdapat beberapa isu dihadapi seperti kewujudan lorong tikus di sempadan negara yang telah menyukarkan kerja mencari usahawan kosmetik tersebut.

“Saya harap dia bertanggungjawab, itu kehidupan privasi dia, saya tahu tetapi janganlah apabila berada di luar negara (tempat persembunyian) dia masih lagi mahu mencuit perasaan orang ramai (mengenai tindakan yang dilakukannya), balik dan pergi ke mahkamah.” ujarnya lagi ketika satu sidang media selepas merasmikan Seksyen K9 Bahagian Bantuan Teknik D6 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM di Langkawi pada hari Ahad lalu.

Advertisement
sajatSumber : Google  

“Dia sudah memang di luar negara, masa dia lari dari mahkamah itu kita tidak dapat kesan, hanya kita tahu lebih kurang dia di mana. Kita ada teknik mengesan misalnya ada di Kedah, Perak, kita cuba hendak menahan dia di sempadan. Tetapi kena faham, sempadan kita bukan sahaja tembok, kalau mereka gunakan lorong tikus ini, sukar bagi kita.”

Terdahulu, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat mengenai kemungkinan Sajat kini sedang berada di luar negara dan pemantauan sedang giat dijalankan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    April 6, 2021 at 2:54 pm

    small issue pondan goreng jadi big issue, yg dato sri macau scam tu focus lah 100%

  2. anonymous

    April 5, 2021 at 5:42 pm

    adoi apa la tak dek kes yg lebih berpaedah ker,lebih challenging ,adoi ,,,tepok dahii

  3. tecit

    April 5, 2021 at 11:17 am

    oo sempadan thailand la ni kott. eh guane leh lepas ek. jgn bg die masuk mesia. kang satg bwk penyakit.

    • nani

      April 5, 2021 at 12:38 pm

      Seronok ke jadi fugitive diorang2 ni? Yang cina2 scammer menyorok. Elok2 hidup tenang, dah kesana kemari kesana kemari menyorok. Hati pulak tak tenteram. Hidup paling bahagia adalah hidup yang free kesana sini tenang dan tenteram tak de takut2 orang nak tangkap. So, jangan buat kontroversi jahat. Peace..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top