Sah Dilantik Pengacara Muzik-Muzik, Fafau Masih Tiada Teman Istimewa

Hiburan

Sah Dilantik Pengacara Muzik-Muzik, Fafau Masih Tiada Teman Istimewa

Tahniah diucapkan kepada Fara Fauzana kerana dilantik menjadi pengacara Muzik-Muzik musim baru bergandingan dengan AG. Mereka berdua satu gandingan yang sesuai kerana masing-masing dah mengenali perangai masing-masing kerana bekerjasama di stesen radio Hot FM. Apa pun, usia Fafau kini sudah pun menjangkau 35 tahun. Cepat sungguh masa berlalu kan? Namun sehingga ke hari ini, Fafau masih tiada teman lelaki yang istimewa.

fafau

Advertisement

Abang Nara bolehlah katakan yang Fara Fauzana sudah berada di tahap redha dan menerima apa sahaja suratan takdirnya. Kalau tak kahwin, boleh jaga mak ayah. Itu satu niat yang amat suci dan murni. Mungkin ada hikmahnya. Kata Fafau:-

Setiap tahun saya berusaha, berdoa dan berserah kepada Tuhan. Saya ada juga berkawan tetapi untuk saya katakan ia hubungan yang serius, belum lagi. Dulu, saya jenis yang asyik terfikir apabila orang bertanya pada saya (tentang bila hendak kahwin). Namun, sekarang tidak lagi.

Pada saya, setiap apa yang berlaku itu adalah perancangan Allah untuk kita. Saya berpegang pada kata-kata ini, kalau kita tidak ditentukan dengan mana-mana lelaki atau perempuan bererti kita ini adalah untuk menjaga ibu bapa sehinggalah ke akhir hayat kita dan saya rasa patut berbangga dengan diri saya.

Kalau hendak kata saya ini sukar di dekati, saya rasa itu klise. Saya rasa mungkin sebab sibuk sangat dengan kerja dan tidak pernah fikir serius soal bercinta. Tapi saya okay saja dan lagipun keluarga tidak pernah mendesak atau memberi tekanan pada saya mengenai hal kahwin

fara fauzana Sebelum ini Fara Fauzana pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan pemain bola sepak, Hairuddin Omar. Apa pun Abang Nara berharap agar Fafau tidak berputus asa, sentiasa berdoa dan berusaha mencari jodoh. Insya Allah pasti akan lelaki di sana yang sudi menerima Fafau. Kenalah korbankan sedikit masa untuk bercinta. Jodoh ada di luar sana, cuma kita harus berusaha mencarinya. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. Sumber MalaysianDigest.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...