June 6th, 2014

Hairuddin Omar atau lebih popular dengan nama gelaran Hai O di kalangan peminat bola sepak tanah air hari ini tampil menerusi Mstar Online untuk menafikan gosip percintaan antara dirinya dengan Fara Fauzana. Untuk makluman anda, sebelum ini terbit desas-desus yang menyatakan perubahan Fafau memakai tudung adalah kerana sedang asyik bercinta dengan seorang pemain bola sepak. Lantaran itu, orang ramai membuat tekaan bahawa pemain itu ialah Hai O.
hairudiin omar dan fara fauzana
Menurut Hai O, ketika desas-desus ini bertebaran, Fafau ada menghubunginya dan memberitahu agak sedih dengan khabar angin yang tidak betul ini. Kata Hai O:-

Kami tidak bercinta dan tidak pernah pun keluar bersama. Cukuplah! Jangan buat andaian yang tidak betul. Kesian dengan dia (Fara)

hairudiin omar dan fara fauzana

Biasalah bila selebriti wanita tiba-tiba bertudung memang sering dikaitkan dengan cinta. Kalau betul pun berubah kerana bercinta, apa salahnya kan? Kalau ikhlas dari diri lagilah bagus. Yang penting berubah. Apa pun kesimpulannya ialah Hairuddin Omar dan Fara Fauzana tiada sebarang hubungan. Ini bermakna Fafau masih single mingle. Jadi kalau ada yang ingin mencuba nasib, dipersilakanlah. Hehehe.

P.S: Nissan perkenal Skyline 200GT-t – pasaran Jepun


Comments are closed.

Loading...