Sah Bakal Ditayangkan Di Malaysia, Filem ‘Kukira Kau Rumah’ Terima Permintaan Ramai

Hiburan

Sah Bakal Ditayangkan Di Malaysia, Filem ‘Kukira Kau Rumah’ Terima Permintaan Ramai

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, filem dari Indonesia Kukira Kau Rumah yang telah mendapat perhatian orang ramai.

Susulan itu, rata-rata pengguna TikTok Malaysia memuat naik video mahukan filem tersebut ditayangkan di Malaysia dan meminta pawagam di Malaysia untuk membawa masuk filem tersebut.

Advertisement

Akhirnya permintaan mereka ditunaikan apabila TGV Cinemas dan GSC Cinemas mengumumkan filem itu akan ditayangkan di pawagam mereka. Filem Kukira Kau Rumah ini akan ditayangkan di pawagam mulai 24 Februari 2022.

kukira kau rumah

Pengumuman tersebut mendapat perhatian netizen yang berasa teruja untuk menontonnya.

“Okay boleh book ticket sekarang,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Tak sabar nak nangis sorang-sorang,” tulis seorang lagi netizen.

Malah, ada juga yang mengatakan mereka dapat ‘relate’ dengan jalan cerita dalam filem tersebut.

“Saya akan nangis teruk dalam wayang nanti sebab saya boleh relate 100% dengan movie ni,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.

“Okay nak pergi tengok seorang diri, at least kalau nangis tak ada lah malu sangat,” tulis seorang lagi netizen.

Pengabdi Setan 2 Bront Palarae
2 years ago

Lagi Seram, Bront Palarae Sahkan Filem Pengabdi Setan 2 Communion Kembali Pada Tahun Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Vocket

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...