Lagi Seram, Bront Palarae Sahkan Filem Pengabdi Setan 2 Communion Kembali Pada Tahun Ini

Hiburan

Lagi Seram, Bront Palarae Sahkan Filem Pengabdi Setan 2 Communion Kembali Pada Tahun Ini

Pelakon Bront Palarae semalam ada membuat pengumuman bahawa filem seram Indonesia Pengabdi Setan akan mempunyai sekuel iaitu Pengabdi Setan 2 Communion, tidak lama sahaja lagi.

Bront Palarae
2 years ago

Bront Palarae Kongsi Pengalaman & Cabaran Berlakon Filem Proksi

Advertisement

Ujar Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin,43, sambung filem seram itu akan ditayangkan di bioskop dan pawagam dalam tahun ini juga.

Perkara tersebut diuar-uarkan aktor berbakat itu menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk pengetahuan peminat filem dan juga pengikut media sosialnya.

Menjanjikan elemen yang lebih berat dan seram daripada filem pertama yang diterbitkan pada tahun 2017 yang lalu, naskah arahan sutradara terkenal Indonesia Joko Anwar ini bakal menampilkan pelakon yang sama seperti yang sebelumnya.

Joko juga masih berahsia mengenai sinopsis dan jalan cerita yang lanjut sekaligus menjadikan  ramai peminat filem sudah tidak sabar untuk melihat garapan seram terbaru filem Pengabdi Setan yang kedua ini.

Sekadar info, Pengabdi Setan merupakan karya filem yang pernah diterbitkan pada tahun 1980 sebelum diolah semula dan menampilkan pelakon hebat dari Indonesia dan Malaysia iaitu Tara Basro, Ayu Laksmi, Endy Ardian, Bront Palarae dan Muhammad Adhiyat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...