Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saguhati Wang Tunai Jadi Isu, PU Riz Tak Berniat Perlekehkan Pelajar Tak Cemerlang

Haris Ismail

Pendakwah terkenal, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail tampil memberi penjelasan terhadap tindakan sesetengah individu yang mempersoalkan tindakannya memberi hadiah saguhati berupa wang tunai RM300 kepada pelajar yang memperoleh keputusan 5A untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Jelas PU Riz, dia tiada niat untuk merendahkan pelajar yang mendapat keputusan kurang memberansangkan.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Keterangan suami kepada selebriti terkenal Neelofa itu dimuatnaik Haris menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

“Pertamanya, saya nak klarifikasi di sini tujuan saya beri saguhati ini bukanlah berniat untuk merendahkan pihak yang kurang keputusannya dalam SPM. Tujuannya adalah untuk pembakar semangat agar terus dan terus lagu berjaya..”

Tambahnya lagi, pemberian wang ganjaran itu hanyalah usaha yang kecil kerana ada di antara penerima hadiah tersebut benar-benar memerlukan bantuan dari segi kewangan kerana masalah peribadi dan keluarga masing-masing.

View this post on Instagram

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Dalam hantaran tersebut, Haris juga sempat menitipkan pesanan buat bakal pelajar yang akan menduduki SPM agar sentiasa melakukan amalan baik seperti bersedekah dan menjaga hubungan baik dengan ibu bapa.

Advertisement

Haris juga berkata bahawa dia akan terus memberi bantuan sedemikian rupa  jika diizinkan Allah S.W.T pada masa akan datang.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. Anonymous

    June 29, 2021 at 1:42 pm

    Dah tu x kn nk bg yg dapat straight E plak? Dah ko malas blajar pastu terhegeh2 nk suruh org hargai kau buat ape? Kalau bg yg dot straight E habis yg dapat straight A plak cakap x dihargai. Penat dierang belaja lps tu yg x blajar juga dihargai. Hmmm sedih ngn retis2 yg bising bile pu riz bg duit. Mentality retis mlayisa cam tu la. Kalau tgk retis lain buat baik sikit terus cakap itu ini. Padahal dengki. Dah ko retis suam kuku x de duit nk bg duk diam je lah. Ntah2 retis tu pun dulu x de A pun spm. Tu yg jd retis sendu. Bakat ntah kemane rupe pun ntah kemane. Pastu menggelupur bile org bagi duit kat plajar yg dapat 5A ke atas. Sedih hidup retis sendu ni. Org amik ko blkon pon sbb produksi nk cari retis murah utk watak sampingan. So ko pakai la gucci pasar malam kau sampai mamposss. Hahahah

  2. Anonymous

    June 29, 2021 at 12:29 pm

    lantak la oi duit die.. sape rs nk rm300 tu belajar la bsungguh2 tu je… xyah nk pertikai pemberian org. kalu dh malas nk berusaha xyah nk bising2 diam2 je.. kira tu xde zeki ko. ko malas ko nk duit tp x nk berusaha

  3. Anonymous

    June 29, 2021 at 11:27 am

    Ntah nyer, busuk hati betul. I personally not afan of his but niat dia baik. Buat baik pun salah. To some RM300 tu banyak, to some RM300 tu is a token of his/her hardwork, to some RM300 tu is something dia boleh pakai perhaps to help others. Panjang sedekah tu. Yang memandai bising tu, habuk pun tarak. Yelah, cannot please everybody. As long as niat kite tu ikhlas, biar Allah saja yg tahu.

  4. Anonymous

    June 28, 2021 at 8:08 pm

    biar laa.. duit dia.. nk bg kat sapa pun. bnyk pahala org yg suka bersedekah.

  5. jgn busuk hati

    June 28, 2021 at 5:07 pm

    mintak maaf ckp, menyampah org yg sentiasa nk cari silap org. bg saguhati salah, x bg salah. cant please everyone. kalau semua org dpt saguhati, kt mana sifat ingin berusaha? baik x payah pulun belajar kalau semua org dpt ganjaran. cuba laa bwk2 berfikir. pstu byk mana duit di nk kne keluar pulak? yg pumpang pumpang tu ada bg apa2 ke tak?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top