Saguhati Wang Tunai Jadi Isu, PU Riz Tak Berniat Perlekehkan Pelajar Tak Cemerlang

Hiburan

Saguhati Wang Tunai Jadi Isu, PU Riz Tak Berniat Perlekehkan Pelajar Tak Cemerlang

Pendakwah terkenal, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail tampil memberi penjelasan terhadap tindakan sesetengah individu yang mempersoalkan tindakannya memberi hadiah saguhati berupa wang tunai RM300 kepada pelajar yang memperoleh keputusan 5A untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Jelas PU Riz, dia tiada niat untuk merendahkan pelajar yang mendapat keputusan kurang memberansangkan.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Keterangan suami kepada selebriti terkenal Neelofa itu dimuatnaik Haris menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

“Pertamanya, saya nak klarifikasi di sini tujuan saya beri saguhati ini bukanlah berniat untuk merendahkan pihak yang kurang keputusannya dalam SPM. Tujuannya adalah untuk pembakar semangat agar terus dan terus lagu berjaya..”

Tambahnya lagi, pemberian wang ganjaran itu hanyalah usaha yang kecil kerana ada di antara penerima hadiah tersebut benar-benar memerlukan bantuan dari segi kewangan kerana masalah peribadi dan keluarga masing-masing.

View this post on Instagram

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Dalam hantaran tersebut, Haris juga sempat menitipkan pesanan buat bakal pelajar yang akan menduduki SPM agar sentiasa melakukan amalan baik seperti bersedekah dan menjaga hubungan baik dengan ibu bapa.

Haris juga berkata bahawa dia akan terus memberi bantuan sedemikian rupa  jika diizinkan Allah S.W.T pada masa akan datang.

PU Riz
3 years ago

Suami Neelofa, Haris Ismail Hadiahkan RM300 Buat Pelajar Peroleh 5A SPM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...