Written by AbangNara | August 26th, 2019

Membuktikan kata-katanya untuk berhijrah menjadi seorang lelaki sejati bukanlah sekadar omong kosong, Safiey Illias telah pun selamat menjalani pembedahan untuk membuang silikon di dadanya. Alhamdulillah. Ini adalah satu perkembangan yang amat positif dan sangat dialu-alukan.

safiey illias
Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Safiey Ilias menerusi akaun Instagramya. Berdasarkan informasi, pembedahan tersebut telah berlangsung di Hospital Kuala Lumpur.

safiey illias

Walaupun pada mulanya netizen skeptikal dengan kata-katanya, tindakan Safiey kali ini membuktikan bahawa dia benar-benar serius ingin menjadi lelaki sejati. Jadi janganlah kita menghina, memandang rendah dan melemparkan kritikan kepadanya. Sebaik-baiknya kita berikan semangat agar dia terus tabah dan tidak tergoda memasuki kancah kewanitaan semula. Walaupun ada kawan yang menghalang, Safiey Ilias telah menguatkan hati untuk mengikut permintaan dari ayahnya.

safiey illias

Semoga Safiey akan terus cuba menjadi lelaki sejati di masa hadapan. Sama-sama kita doakan.

24 responses to Safiey Illias Selamat Jalani Pembedahan Buang Silikon

  1. Re:D says:

    X faham napa ada yang komen, seolah2 dia dah pernah buang sebelum nie.. Seingat iols dia pernah buang silikon sebelum nie tapi body part lain (tang muka_v shape), kali niekan silikon kat dada?! Urmm janganlah cakap seolah2 dia dah buang pasang balik buang pasang balik seolah2 dia propa nak berubah sebelum nie..
    Ps- Btw, jangan pula nak memanas kat komen I yer.. Tanyer jer, iols just teringat safie pernah kuar statement..

  2. Smartbird says:

    Cubalah buat umrah ditanah suci Mekah dan berdoa dengan seikhlas hati didepan Ka’abah demi utk berubah. Moga adek akan mendapat umrah yg mahbrur dengan izin Allah swt yang maha pengampun dan mengasihi semua umat Rasulaullah aws.

  3. Belon says:

    Lepas buang,bubuh balik,buang,bubuh,buang bubuh….sampai mati la mcm tu kalau Tak istiqamah.jgn la dok permainkn agama…nk owg doakan diri sndr tu berdoa ke nk berubah?

  4. August says:

    alhamdulillah.. semoga istiqomah dan kekal lelaki sehingga ke hujung usia.. semoga segala amal jariahmu diterima Allah… abaikan segala kritikan, hinaan lama2 nanti senyaplah semua… semoga cabaran dan dugaan dapat diatasi dengan penuh kesabaran…

  5. Anonymous says:

    buang pasang,buang pasang..adeh boring la..ikot ko la nak jadi ape pon… ko bkn retis yg sah pun. next?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini