Pendakwah selebriti, Ustazah Asma Harun merasa terpanggil untuk memberi teguran berikutan tularnya video promosi produk yang boleh diklasifikasikan sebagai lucah dan tidak sesuai dipertontonkan kepada umum oleh seorang usahawan kosmetik baru-baru ini.
Ujar Ustazah Asma, dia tergamam melihatkan video yang dimuat naik oleh personaliti media sosial dan juga usahawan Kak KM Liana yang seolah-olah tidak menghiraukan teguran orang ramai.
Katanya lagi, perkara tersebut boleh diibaratkan sebagai barah yang semakin kronik dalam masyarakat terutama dalam kalangan usahawan produk seumpamanya.
Sungguh, saya terkesima melihat beberapa video beliau dan lagi terkilan apabila turut melibatkan si anak..maaf saya tak sanggup tengok lebih banyak. Ia ditonton oleh ribuan tanpa sekatan dan tapisan, pelbagai peringkat umur dan jantina.
Dia dalam pada itu turut menegur secara umum tentang sikap peniaga yang lebih mementingkan keuntungan berbanding mengejar reda Allah.
Ustazah Asma juga sempat mengingatkan agar orang ramai lebih berhati-hati dalam berkongsi foto atau video di media sosial kerana bimbang jika ia tidak sempat dipadam sebelum datangnya maut.
Pernahkah tefikir bagaimana jika suatu hari nanti dipanggil bertemu Allah..dalam keadaan sudah masuk ke liang lahad, namun dosa masih berjalan kerana video dengan aksi sebegitu masih kekal berada di media sosial.
Nauzubillahiminzalik. Moga sempat dipadam sendiri bukan waris, kerana itu adalah tanda sempat bertaubat sebelum mati.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.