“Ryzal Pun Selesai Bayar Denda..” – Kes Persendakan Pakaian Tradisional Kaum Iban Sudah Selesai, Ryzal Ibrahim Didenda RM10K

Hiburan

“Ryzal Pun Selesai Bayar Denda..” – Kes Persendakan Pakaian Tradisional Kaum Iban Sudah Selesai, Ryzal Ibrahim Didenda RM10K

Baru-baru ini, pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim telah mengaku bersalah di Mahkamah Miri, Sarawak hari ini atas dakwaan menghina pakaian tradisi kaum Iban Sarawak pada 2021 lalu.

Didenda RM10K

Susulan pengakuan itu, peguam yang mewakili Ryzal telah memberitahu bahawa anak guamnya telah didenda sebanyak RM10K selepas pempengaruh itu membuat pengakuan di mahkamah hari ini.

Advertisement

Tambahnya lagi, kes tersebut telah pun selesai dan Ryzal juga telah membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi.

Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Ryzal pun pernah mohon maaf di semua platform media sosial susulan isu itu dan mengaku salah serta tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi.

 

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM10K. Ryzal pun sudah selesai membayar denda tersebut tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Ryzal beri sumbangan

Bukan itu sahaja, difahamkan juga pempengaruh ini ada memberi sumbangan kepada Persatuan Anak Borneo Semenanjung dan bantuan khas kepada rakyat Sarawak sebanyak RM10K sebagai tanda maaf.

Pada Mei 2021, Ryzal Ibrahim sempat tular apabila dia dilihat mempersendakan pakaian tradisional yang dipakai isterinya, Maryam ketika itu. Dirinya juga membandingkan aksesori pakaian itu dengan duit syiling dan kain buruk.

10 months ago

Ryzal Ibrahim Dikecam Masuk 'Gereja', Netizen Geram Masih Ada Yang Pemikiran Kolot - "Dah 2024, Banyakkan Membaca"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...