Kini pasangan selebriti media sosial iaitu Ryzal DurianKimchi dan Maryam tinggal hanya menunggu dalam 50 hari lagi untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya itu.
Menurut Ryzal atau nama sebenarnya, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, dia bersama isterinya mempunyai perasaan bercampur-baur diantara berdebar dan teruja untuk menanti kelahiran anak perempuan mereka ini pada sekitar Oktober depan.
Apabila menceritakan pengalaman menjaga isteri hamil, dia berkata semuanya berjalan dengan lancar cuma baru-baru ini sahaja Maryam meminta untuk makan makanan tradisi Korea yang agar suka diperoleh disini.
View this post on Instagram
Baru semalam dia mengidam nak makan ikan pari mentah yang diperap selama berbulan-bulan. Ikan itu bau dia macam ubat yang digunakan untuk perm di salon.
Dalam pada itu, pihak mStar turut bertanyakan soal persediaan menyambut cahaya matanya itu, selebriti media sosial itu berkata kelengkapan semua telah disediakan lebih awal seperti pakaian dan barang keperluaan bayi.
Sekadar info, Ryzal dan Maryam yang terkenal dengan saluran YouTube DurianKimchi berkahwin pada 16 Ogos 2019 di Seoul, Korea.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.