‘Rushing’ Nak Balik Rumah, Tak Sempat Nak Solat Dan Berbuka? Ini Senarai Masjid & Surau Yang Berdekatan Stesen MRT!

Gaya Hidup

‘Rushing’ Nak Balik Rumah, Tak Sempat Nak Solat Dan Berbuka? Ini Senarai Masjid & Surau Yang Berdekatan Stesen MRT!

Masuknya bulan Ramadan, pastinya anda yang bekerja ‘office hour’ akan berasa sedikit ‘rushing’ dan tergesa-gesa untuk pulang ke rumah mahupun ke bazar ramadan untuk membeli juadah berbuka.

Terutamanya buat mereka yang tinggal di Lembah Klang dan ibu negara, trafik sudah pasti akan semakin sesak dengan kadar kenderaan yang cukup tinggi di waktu puncak.

Advertisement

Baru-baru ini, pihak MRT Corp ada berkongsi senarai nama masjid dan surau yang berdekatan dengan stesen kenderaan awam itu yang kebanyakan menyediakan juadah berbuka secara percuma dan juga,  untuk kegunaan solat.

Untuk MRT laluan Putrajaya, ini sembilan pusat ibadah yang boleh anda singgah.

1. Stesen MRT Sungai Buloh – Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh (Keluar Pintu A)

2. Stesen MRT Kepong Baru – Surau Al-Islah Ad-Diniyah (Keluar Pintu B)

3. Stesen MRT Kampung Batu – Masjid Abu Hurairah Kampung Batu (Keluar Pintu A-  melalui jejantas ke Jalan Kampung Batu)

4. Stesen MRT Titiwangsa – Masjid Bulatan Pahang di Balai Islam (Keluar Pintu B)

5. Stesen MRT Ampang Park – Surau Tabung Haji (Keluar Pintu B)

6. Stesen MRT Persiaran KLCC – Masjid Asy-Syakirin (Keluar Pintu C)

7. Stesen MRT Sungai Besi – Masjid Jamek Ibnu Khaldun (Keluar Pintu C)

8. Stesen MRT Serdang Raya Utara – Masjid Al-Islah Serdang Raya (Keluar Pintu A)

9. Stesen MRT Taman Equine – Surau Al-Munawwarah Seri Kembangan (Keluar Pintu A)

Manakala untuk MRT Laluan Kajang, terdapat enam masjid/surau yang berdekatan

1. Stesen MRT Pasar Seni – Masjid Negara (Melalui jejantas ke KTM Kuala Lumpur)

2. Stesen MRT Merdeka – Masjid Al- Sultan Abdullah (Keluar Pintu B)

3. Stesen MRT Cochrane – Masjid Jamek Alam Shah (Keluar Pintu A)

4. Stesen MRT Sri Jaya – Masjid Kariah Batu 10 Cheras (Keluar Pintu B)

5. Stesen MRT Bukit Dukung – Surau Al-Falah (Keluar melalui jejantas Park N’Ride)

6. Stesen MRT Kajang – Masjid India Kajang (Keluar Pintu A)

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nik sayang warga emas
1 month ago

Nik 'Sayang Warga Emas' Meninggal Dunia, Pernah Tular Kahwini Lelaki Usia 70 - "Jenazah Bersih Sahaja, Allah Mudahkan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...