Nik ‘Sayang Warga Emas’ Meninggal Dunia, Pernah Tular Kahwini Lelaki Usia 70 – “Jenazah Bersih Sahaja, Allah Mudahkan”

Kehidupan

Nik ‘Sayang Warga Emas’ Meninggal Dunia, Pernah Tular Kahwini Lelaki Usia 70 – “Jenazah Bersih Sahaja, Allah Mudahkan”

Seorang wanita yang pernah tular dengan kisah perkahwinan dengan lelaki berusia 70 tahun, Nik Halimatul Saadiah dilaporkan meninggal dunia.

Berita duka itu disahkan dan dimaklumkan kakak kepada Nik, Fatimatul Syuhada menerusi satu hantaran di Instagram Story.

Advertisement

Nik sayang warga emas

Nik sebelum ini terkenal dengan ayat ‘sayang warga emas’ itu juga merupakan orang kelainan upaya (OKU) pernah berkongsi momen pernikahan kali keduanya bersama seorang lelaki berusia 70 tahun.

Kakak Nik, Fatimatul juga memohon orang ramai yang mempunyai hutang atau urusan yang belum selesai untuk berjumpa dengannya selain berkongsi rasa syukur kerana urusan pengurusan jenazah dipermudahkan Allah.

Alhamdullilah, selesai mandikan arwah. Pertama kali mandikan jenazah, Allah permudahkan urusan. Bersih saja. Alhamdullilah.

Terima kasih semua doakan arwah Nik. Semoga dia berada dalam golongan orang beriman. Dari kecil sampai sebelum meninggal asyik dianiaya. Semoga yang sakitkan dia dapat balasan. Maafkan kaka.

Arwah sebelum ini yang  berusia 21 tahun itu memaklumkan pernah bernikah kali pertama di usia 18 tahun namun tidak bertahan lama kerana suami pertamanya itu meninggal dunia kerana sakit dada.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella sheikh muszaphar
1 month ago

"Penuh Emosi, Dr Halina Dah Menangis.." - Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Momen Hantar Anak Sulung Masuk Kolej Genius Permata Pintar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...