Running Man Akan Turun Malaysia November Ini

Hiburan

Running Man Akan Turun Malaysia November Ini

Berita baik untuk peminat setia program variasi Korea yang amat popular iaitu Running Man. Saluran TV One Asia akan membawa ahli Running Man iaitu Song Ji Hyo, Jong Kook, Jae Suk, Gary, Ha Ha, Seok Ji dan Lee Kwang Soo turun ke Malaysia November ini. Tidak dapat dipastikan sama ada kesemua ahli program ini akan turut serta, namun yang pastinya ini satu berita baik untuk kesemua peminat Running Man.

running man

Advertisement

Peminat di Singapura juga akan turut mendapat peluang untuk bertemu mata dengan ahli-ahli Running Man. Ini pastinya amat menggembirakan peminat program variasi ini yang telah kecewa apabila Indonesia baru-baru ini diumumkan sebagai negara terakhir penggambaran luar negara dilakukan. Sekurang-kurangnya dengan kehadiran mereka untuk beramah mesra, akan terubat rindu di hati para peminat.

running man

Sama-samalah kita nantikan maklumat lanjut mengenai kehadiran Running Man ke Malaysia ini. Abang Nara pasti akan turut sama berlari bersama mereka kelak. Tak sabar rasanya. Informasi lanjut boleh didapati di Facebook One TV Asia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...