Rumah & Kereta Irwansyah Disita, Adik Kandung Palsukan ‘Sign’ Untuk Pinjaman RM600K

Hiburan

Rumah & Kereta Irwansyah Disita, Adik Kandung Palsukan ‘Sign’ Untuk Pinjaman RM600K

Tak boleh nak bayangkan rasa sakit dan perit bila kena tipu atau aniaya dengan orang yang kita sayang. Kalau kawan baik pun dah sakit apatah lagi kalau darah daging sendiri yang buat, kan?

Itulah yang dirasakan oleh pelakon dan penyanyi dari Indonesia, Irwansyah apabila dia dianiaya oleh adik kandungnya sendiri. Baru-baru ini, kereta dan rumah milik pelakon filem Heart itu telah disita oleh bank selepas dia menjadi mangsa adik lelakinya, Hafiz Fatur.

Advertisement

 

Adik kandung palsukan tandatangan

Menurut laporan Liputan6, Irwansyah dan isteri, Zaskia Sungkar telah membuat laporan polis pada 19 November lepas terhadap Hafiz kerana melakukan penyelewengan duit.

Hafiz dikatakan telah membuat pinjaman wang di bank berjumlah 2 billion Rupiah (RM600,000) dan telah memalsukan tandatangan Irwansyah pada surat tanah dan kenderaan miliknya.

 

Tiba-tiba dapat surat notis dari bank

Peguam Irwansyah, Muhammad Zakir Rasyidin berkata bank telah menghantar surat notis ke rumah anak guamnya itu mengatakan dia tidak membuat bayaran ansuran berkaitan pinjaman di bank berkenaan.

Setelah disemak, saya dapati banyak surat yang mengesyaki Hafiz memalsukan tandatangan Irwansyah dan Zaskia Sungkar atas kepentingannya untuk meminjam wang daripada bank. Pinjaman itu berjumlah Rp 1 hingga Rp 2 billion.”

4 years ago

Penantian 10 Tahun Berakhir, Irwansyah & Zaskia Sungkar Selamat Timang Cahayamata

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Liputan6

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...