Penantian 10 Tahun Berakhir, Irwansyah & Zaskia Sungkar Selamat Timang Cahayamata

Hiburan

Penantian 10 Tahun Berakhir, Irwansyah & Zaskia Sungkar Selamat Timang Cahayamata

Penantian selama 10 tahun akhirnya berakhir apabila pelakon dan penyanyi popular dari Indonesia, Irwansyah selamat menimang cahaya mata sulung. Isterinya, Zaskia Sungkar dikhabarkan bersalin pada malam Selasa di Hospital Bunda, Menteng, Jakarta Pusat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Irwansyah (@irwansyah_15)

Memetik sumber portal Indonesia, khabar gembira ini dikongsikan seorang doktor @drtiwi di laman Instagram miliknya. Menerusi video tersebut, dapat dilihat suasana ruangan bersalin penuh dengan kebahagiaan. Manakan tidak, ini merupakan saat yang paling ditunggu-tunggu Irwansyah serta isteri.

Di Instagram, penyanyi yang popular dengan lagu Pencinta Wanita ini meluahkan rasa syukur dengan kelahiran Ukkasya Muhammad Syahki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Irwansyah (@irwansyah_15)

Advertisement

Dia turut berterima kasih kepada sahabat dan peminat yang telah mendoakan kesejahteraan buat keluarga kecilnya. Sangat menghargai sokongan semua, Irwansyah berdoa semoga Allah membalas kebaikan semua dengan pahala dan keberkatan.

Di Youtube The Sungkars Family, pasangan ini dilihat berkongsi detik menunggu dan persediaan untuk kelahiran bayi. Sehingga kini, video tersebut telah mencecah hampir dua juta tontonan.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Irwansyah

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...