June 12th, 2018

Masih ingat lagi seorang wanita tampil mendakwa pelakon Fatin Afeefa sedang menjalinkan hubungan intim dengan suaminya sehingga rumah tangga mereka berantakan? Sebelum ini, wanita tersebut yang dikenali sebagai Hanna Marie turut mengatakan Fatin punca beliau dipukul oleh suami sendiri sehingga mengalami kecederaan yang teruk.

Kemelut antara mereka tidak pernah terhenti dan nama Fatin kembali hangat diperkatakan sejak semalam apabila Hanna mendakwa aktres itu masih lagi berdua-duaan dengan suaminya di dalam sebuah apartment pada bulan Ramadhan.

Hanna turut memaklumkan polis sudah berada di rumah Fatin untuk menjalankan pemeriksaan dan mengambil keterangan dari pelakon wanita itu atas dakwaan berkhalwat.

Menerusi akaun Twitternya, Fatin akui polis telah menyerbu rumahnya tetapi hasil pemeriksaan lanjut mendapati beliau tidak bersalah kerana tiada siapa dirumahnya seperti yang didakwa.

Namun, Hanna tetap tidak berpuas hati dan dilihat membalas ‘tweet’ Fatin dengan pelbagai lagi pendedahan mengenai sikap Fatin yang dikatakan agak kasar ketika serbuan itu berlaku.

Fatin enggan berdiam diri mengenai isu tersebut dan bakal membuat laporan polis kerana menggeledah rumahnya tanpa sebarang waran.


48 responses to “Rumah Fatin Afeefa Diserbu Polis Atas Dakwaan Berkhalwat?”

  1. next next next says:

    Aku pernah jumpa minah ni depan2. Dia tgh makan sorg2, merokok pulak tu. bukan nak judge dia sebab perokok la. tapi perwatakan dia tu mcm haishhh taktau la, memang sesuai dgn apa yg hanna marie tu cerita. itu je nak ckp.

  2. raya mode says:

    kalau sayalah, move on ajer dgn hidup. diriku terlalu berharga utk terlibat dengan insan-insan yg dah tak ingat wujudnya akhirat. hidup di dunia ni sementera. berapa lama jer boleh menunggang nafsu tu? muda sementara aja, seronok pun begitu juga. nanti dah tua, kerepot baru tahu apa yg kita buat selama ini berbaloi atau tidak. jadi, daripada sakit jiwa, baiklah fokus kepada membina diri dan kehidupan baharu yang lebih tenang aman damai dari insan2 macam nih. let it go dik, move on. dendam berpanjangan pun tak elok. lagi lama melibatkan diri dgn orang macam retis tu, lagi macam2 jadi. dah memang perangai dia mcm tuh, buat raid pun bukan dia terus pakai tudung insaf dan taubat pun. bukan menjadikan laki you jadi baik pun. lagi macam2 konflik wujud. takperlu dendam sangat. allah maha melihat. sabar sikit.

  3. papa Nopal says:

    Kalo polis yang raid, bukan isu khalwat ni…mungkin isu dadah..kalo khalwat Majlis agama yang raid.

  4. makcik ko says:

    sayang mmg sayang tp jgn jdi hamba cinta..laki dh buat kita mcm tu trskn hidup jgn simpan dah yg menyusahkan..ye, ckp mmg senang tp kalo kita yakin kita blh move on insan paling bahagia adalah kita juga..laki ni kalo dh main pmpn mcm ketagih lps buat then buat lgi sbb dia tau kita tggu kalo dia susah esokĀ²… kemenangan terbesar kita sbg perempuan ialah bila kita mampu & trs kuat utk kehidupan yg mendatang.. mse tu ko tgk laki ko gatal buntot nk ko blk…

  5. Anonymous says:

    hanna marie: syg btg laki
    laki hanna: luaskn jajahan dadah
    fatin: gersang jd jnda

Loading...