“RTK Sudah Cukup Untuk Kesan COVID-19, Tak Perlu Bergantung Pada PCR” – KJ

Berita

“RTK Sudah Cukup Untuk Kesan COVID-19, Tak Perlu Bergantung Pada PCR” – KJ

Kerajaan baru-baru ini ada mengumumkan bahawa negara bakal menuju ke fasa endemik mulai 1 April ini.

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan menerusi menterinya, Khairy Jamaluddin menasihatkan agar orang ramai untuk mengurangkan kebergantungan terhadap ujian RT-PCR.

Advertisement

Perkara tersebut turut dihebahkan Khairy menerusi satu video TikTok miliknya di mana dia berkata ujian RTK Antigen (RTK-Ag) sudah memadai bagi mengesan jangkitan COVID-19 dan lebih murah serta mudah didapati di pasaran.

Keputusan RT-PCR tidak pantas dan secepat ujian RTK-Ag yang hanya perlu menunggu 15 minit untuk mendapatkan jawapan sama ada kita dijangkiti atau sebaliknya.

Selain itu, ujarnya lagi, RTK-Ag juga disahkan oleh pakar di mana ia memadai untuk mengesan kes positif yang mempunyai tahap kebolehjangkitan yang tinggi.

Dalam situasi varian Omicron yang cepat dan pantas merebak, ujian RTK-Ag lebih berkesan kerana tidak perlu menunggu di antara 24 jam hingga 48 jam untuk mengetahui kita positif atau tidak.

Selain itu, ujian RT-PCR pula sangat sensitif dan masih boleh beri keputusan positif walaupun individu itu sudah pulih dari jangkitan COVID-19.

Disebabkan itu, orang ramai tidak digalakkan untuk buat PCR bila sudah selesai menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, pihak KKM juga telah mengarahkan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk memantau kit ujian RTK-Ag yang didakwa tidak tepat dalam pemberian keputusan bagi memastikan jaminan kualiti ujian kit kendiri di pasaran.

On side note, RT-PCR masih lagi digunakan buat pengembara yang ingin ke luar negara dan pelancong ke Malaysia.

Job hopping
3 years ago

"Kerajaan Perlu Perkenal Undang-Undang Baru Halang Individu 'Lompat Kerja' Dengan Kerap" - FMBA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...