“Kerajaan Perlu Perkenal Undang-Undang Baru Halang Individu ‘Lompat Kerja’ Dengan Kerap” – FMBA

Berita

“Kerajaan Perlu Perkenal Undang-Undang Baru Halang Individu ‘Lompat Kerja’ Dengan Kerap” – FMBA

Pengerusi The Federation of Malaysia Business Association (FMBA), Abdul Malik Abdullah menerusi laporan The Malaysian Insight menggesa kerajaan untuk memperkenal satu sistem atau undang-undang bagi menghalang para pekerja dari ‘melompat’ dari satu pekerjaan ke satu pekerjaan  (job hopping) yang lain dengan kerap.

Advertisement

Abdul Malik berkata meskipun ianya kedengaran agak ‘zalim’, namun sistem tersebut akan membantu kedua-duanya iaitu kepada majikan dan juga pekerja.

Ujarnya lagi, para majikan pada ketika ini mempunyai banyak isu dengan pekerja asing yang tidak dapat masuk ke Malaysia dan telah menggunakan tenaga kerja dari negara ini namun kebanyakan pekerja tidak berada dalam satu-satu karier dalam waktu yang lama.

Kita perlu melaksanakan (sistem) ini supaya orang ramai tidak berhenti kerja hanya sebab dibayar lebih RM50 atau sebab-sebab remeh yang lain.

Cadangnya lagi, kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan sistem seperti CTOS atau CCRIS dalam perlaksanaan ‘anti job-hopping’ ini di mana majikan boleh melihat rekod pekerja sama ada gemar bertukar kerja atau tidak.

Mereka (pekerja) bekerja dalam tempoh yang singkat dan ianya memberi impak kepada bisnes dengan teruk.

Menjengah ke ruangan media sosial, rata-rata netizen tidak bersetuju kerana ramai yang berpendapat bahawa ianya memberi ‘lesen besar’ kepada para majikan yang tidak bertanggungjawab untuk ‘membuli’ para pekerja mereka apabila sistem ini diperkenalkan.

Twitter

Kata netizen lagi, para majikan sepatutnya menilai tahap profesionalisme dalam organisasi mereka seperti contoh pemberian gaji, waktu bekerja mahupun persekitaran bekerja yang memungkinkan seseorang itu memilih untuk keluar daripada organisasi setelah bekerja dalam tempoh yang singkat.

Ismail Sabri Hari Wanita
2 years ago

Akaun Bank Suami Boleh Dibekukan Jika Culas Nafkah, Antara 6 Inisiatif PM Kepada Kaum Wanita Di Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BFM

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...