Rozita Che Wan Mohon Tajaan Yang Diterima Tidak Dipertikai

Hiburan

Rozita Che Wan Mohon Tajaan Yang Diterima Tidak Dipertikai

Pergh~~~ Dasyat jugak Abang Nara dihentam oleh anda semua kerana menyokong Rozita Che Wan yang menerima tajaan untuk proses kelahiran anak sulungnya. Ramai yang melenting apabila Abang Nara apabila menggunakan perkataan ‘cemburu’ kepada mereka yang memberikan reaksi negatif. Abang Nara menghormati pandangan anda semua. Bagi Abang Nara kita semua ada pandangan masing-masing. Bagi pihak Abang Nara, tak salah untuk terima tajaan lebih-lebih lagi jika ia memberi manfaat kepada kesemua pihak yang terlibat.

rozita che wan

Advertisement

Apa pun, memang rezeki anak dalam kandungan Che Ta amat murah sekali. Ini kerana bukan sahaja proses kelahirannya akan ditaja, malah kini Che Ta memaklumkan ada pihak yang ingin menaja insurans, lampin pakai buang dan juga produk set bersalin. Alhamdulillah. Orang kata rezeki jangan ditolak. Terang Che Ta:-

Alhamdulillah, murah rezeki saya dan bayi dalam perut ini. Selain hospital, ada syarikat insurans yang ingin taja, begitu juga dengan tajaan daripada sebuah produk set bersalin dan sekarang ini sedang berbincang mengenai tajaan produk lampin pakai buang pula.

Bagi saya, ini semua rezeki yang tidak harus ditolak dan semua pihak harus faham bahawa ia sebenarnya lebih kepada strategi promosi yang pastinya akan memberikan kelebihan kepada pihak yang memberikan tajaan itu

rozita che wan

Nampaknya makin banyaklah reaksi negatif yang bakal diterima daripada para pemerhati industri hiburan. Kalau hospital taja pun menimbulkan pelbagai perselisihan pendapat, kali ini ditambah pula dengan tajaan-tajaan lain. Pasti ramai yang akan menyuruh syarikat-syarikat terbabit menaja golongan yang sewajarnya. Hmmmmm. Apa kata anda? Adakah anda juga akan menolak tajaan sebegini sekiranya berkemampuan? Kongsikan di ruangan komen. Sumber Kosmo.

[flowplayer id=”29909″]

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...