Sebagai seseorang yang pernah menjadi penyampai radio, Ikhwan Rosli berpendapat penyampai radio yang lain perlu berlapang dada dengan penamatan kontrak di sesebuah stesen radio tanpa perlu membuat sebarang pertikaian hingga timbul isu.
Perkara biasa terjadi dalam industri penyiaran radio
Ikhwan juga berkata pertukaran penyampai radio ini adalah perkara biasa yang terjadi dalam industri penyiaran radio.
Kalau sudah berkhidmat dalam jangka masa panjang kita kenalah mengerti ada tempoh masa. Roti pun ada tarikh luput.
@mingguanwanita Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander. #mwambiltahu #mingguanwanita #penyampairadio #industriseni #fyp ♬ original sound – MingguanWanita
Malah, Ikhwan beranggapan penampatan kontrak berlaku disebabkan dari pelbagai aspek seperti masalah kerja, disiplin dan sebagainya.
Penyampai radio harus berfikiran positif
Bekas penyampai radio Kool FM itu tidak menolak realiti bahawa setiap stesen radio bergelut dengan konflik serta politik sendiri tetapi sebagai penyampai radio, mereka haruslah sentiasa berfikiran positif.
Dalam pada masa yang sama, menjawab isu mengenai gaji penyampai radio tinggi, Ikhwan tidak menafikannya dan bersetuju.