“Kau Aniaya Tyzo Dari Awal, Jahat Sangat, Nak Masuk ABPBH Tahun Depan Tak Ada Pesaing” – DJ Anne Selangor FM

Hiburan

“Kau Aniaya Tyzo Dari Awal, Jahat Sangat, Nak Masuk ABPBH Tahun Depan Tak Ada Pesaing” – DJ Anne Selangor FM

Susulan daripada penamatan kontrak penyampai radio Suria FM, Tyzo oleh pengurus besar syarikat radio tersebut iaitu DJ Lin, muncul pula beberapa kenyataan daripada penyampai radio stesen lain berkenaan isu tersebut.

Berikutan pendedahan itu, netizen seolah-olah dapat menghidu siapakah dalang di sebalik pemecatan Tyzo itu.

Advertisement

Terbaru, DJ Anne daripada stesen radio Selangor FM ada mendakwa seseorang yang sememangnya dikenali ramai menjadi punca dan telah menganiaya Tyzo sehingga perkhidmatannya diberhentikan serta merta.

DJ AnneSumber : Instagram  

Dakwa DJ Anne lagi, Tyzo telah ‘seminggu kesakitan’ dan terpaksa menanggung akibat hanya kerana memenangi trofi penyampai radio paling popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 tempoh hari.

Tulisnya lagi di Instagram Story, individu itu seolah-olah ingin mematikan kerja Tyzo supaya tiada lagi pesaing untuk anugerah ABPBH tahun ini.

Kata Anne, dia sudah tidak sanggup lagi mendiamkan diri melihat rakan seperjuangannya dianiaya seperti itu dan tidak lagi mengikuti Tyzo di media sosial.

Dj anneSumber : Instagram  
Dj anneSumber : Instagram  
TyzoSumber : Instagram  

Sebab tu bila dah tua tua belajar terima hakikat diri dah sendu. Bila masih fefeling inilah jadinya. Buat keputusan iktu kepentingan sendiri.

Terdahulu, DJ Lin Suria FM mengumumkan bahawa Tyzo yang mengendali segmen petang di stesen radio tersebut telah ditamatkan perkhidmatannya.

TyzoSumber : Instagram  

Namun begitu, hantaran Tyzo di Instagram dan TikTok tampil meluahkan rasa kesal kerana dirinya seperti dianiaya dan tidak reda sama sekali dengan pemecatannya itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tyzo
4 months ago

DJ Lin Umum Tamat Khidmat DJ Tyzo Di Suria FM - "Saya Tidak Reda Pemergian Ini, Saya Tiada Kuasa"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...