Roslan Shah Nak Pulangkan RM1,000 Pemberian Iqbal, Dah Hilang Rasa Hormat

Hiburan

Roslan Shah Nak Pulangkan RM1,000 Pemberian Iqbal, Dah Hilang Rasa Hormat

Personaliti TV dan usahawan, Roslan Shah berasa terpanggil untuk menegur sikap Iqbal Zulkefli yang tular di media sosial semalam kerana tindakannya memijak-mijak duit di lantai.

Roslan Shah
3 years ago

"Orang Lembut Pun Boleh Bercinta.." Mimpi Nikahi DS Vida, Roslan Shah Mohon Maaf Pada Iqbal

Advertisement

Tindakan Iqbal itu menurut Roslan sangat tidak menghormati rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T dan akan menunjukkan sifat dan tauladan yang tidak baik kepada orang awam.

Orang waras saja boleh menilaikan duit tidak boleh dipijak-pijak kerana apa yang kita dapat kita kena bersyukur dan duit adalah sumber rezeki diterima dari tangan bukan kita pijak dengan kaki. Manusia ada fikiran dan dididik oleh ahli keluarga sebenarnya tetapi akhir zaman sekarang duit pun sanggup untuk dipijak-pijak.

Kata Roslan lagi, Iqbal tidak sepatutunya bertindak sedemikian dan lebih beradab serta tidak sewenang-wenangnya mencari publisiti dengan cara mengaibkan diri sendiri.

Malah, Roslan juga berhasrat untuk memulangkan kembali wang bernilai RM1,000 pemberi Iqbal kepadanya kerana sudah tidak ‘berkenan’ dengan sikap bekas kekasih DS Vida itu.

Maaf, duit yang Iqbal kasi kepada Cikl Lan tempoh hari tu Cik Lan akan pulangkan RM1,000 ya. Mencari perhatian dan untuk popularkan diri semuanya boleh saja, cuma bab pijak duit Cik Lan sangat tidak berkenan dan adalah salah dalam agama.

Dia dalam pada itu sempat mengucapkan tahniah kepada Iqbal kerana telah berjaya menghasilkan single terbaru berjudul Hujan yang menelan belanja pembikinan sehingga RM500,000.

Terdahulu, Roslan Shah mendedahkan bahawa dia pernah bermimpi mengahwini jutawan kosmetik Datuk Seri Vida, bulan lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...