Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Orang Lembut Pun Boleh Bercinta..” Mimpi Nikahi DS Vida, Roslan Shah Mohon Maaf Pada Iqbal

Roslan Shah

Selebriti versatil, Roslan Shah mendedahkan bahawa dia pernah bermimpi mengahwini Datuk Seri Vida dan menganggap perkara itu hanyalah sebagai mainan tidur semata-mata.

Advertisement

Malah, Roslan memaklumkan bahawa dia telah menghubungi DS Vida bagi menjelaskan kekeliruan terhadap pendedahannya itu, baru-baru ini.

View this post on Instagram

A post shared by roslanshah (@realroslanshah)

Roslan dalam pada itu menafikan bahawa dia hanya ingin mencari publisiti murahan atau sebagai strategi pemasaran seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Maaf kata, Cik Lan hanya mimpi saja bukan isu ini serius pun dan sudah hubungi Datuk Seri Vida kasi settle dan tiada niat mencari publisiti murahan atau marketing pun. Tak terlintas di fikiran pun.

Katanya lagi, meskipun dia dilahirkan dengan perwatakan lembut, namun di sisi lainnya, dia masih lelaki dan mempunyai fitrah yang sama seperti manusia lain.

Jodoh, ajal dan maut Allah tentukan. Cik Lan akui seorang lembut dan jangan menghina dan mengutuk dari luaran saja ya tapi sifat kelelakian itu tetap ada dan nafsu..sebagai manusia boleh berubah.

Roslan yang mesra disapa sebagai Cik Lan itu berkata bahawa dia telah memohon maaf kepada bakal suami Vida, Iqbal Zulkefli mengenai kenyataannya yang tular mengenai mimpi tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by roslanshah (@realroslanshah)

Advertisement

Terdahulu, berikutan terlalu kerap berita mengenai kisah hubungan Iqbal dan DS Vida, Roslan memaklumkan bahawa dirinya tiba-tiba sahaja bermimpi telah berkahwin dengan usahawan kosmetik itu.

“Cik Lan mimpi berkahwin dengan Datuk Seri Vida pula. Cik B dan Kacak terima Cik Lan seadanya. Mimpi kali pertama.” tulis Roslan dalam sebuah hantarannya sebelum ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. tecit

    September 21, 2021 at 12:25 pm

    kalau ade jodoh xkemane. qada’ dan qadar Allah siapa yg tahu kan. nampak lebih sesuai drpd qebal tuu uhuhuhu. lelaki ni walaupun lembut tp sbnrnye yg lembut tu lebih boleh dipercayai. tgk chef wan tu. sampai ke akhirnya masih bg nafkah smpai exwife pon naik segan dgn die.

  2. Anonymous

    September 21, 2021 at 12:04 pm

    adusss… nak jadi bahan kutukan netizen gak ke si lembut nih???

  3. pening lah

    September 21, 2021 at 11:35 am

    its ok just mimpi aja, tapi kalau jadi kenyataan, itu nama dia jodoh, as cik lan dah kenal DSV dari Cik B dan Kacak masih kecil lagi, and btw cik lan sepatutnya x perlu DM iqbal cos si Iqbal dah tawar hati katanya, dia kata DSV tak sgh2 dgn perkara ini seperti mana dia sgh2 dgn perkara ini, entahlah

  4. Anonymous

    September 21, 2021 at 10:33 am

    haha.. xpe la cik lan.. mimpi tu kan mainan tidur.. kita pon selalu je mimpi artis..hehe

  5. Vasssss!!

    September 21, 2021 at 10:18 am

    Eh ko knape tiber nk mnyelit..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top