Rompakan Besar-Besaran 40,000 Kaki Di Atas Udara, Mampukah Filem Lift Berjaya Kalahkan Kisah ‘Heist’ Yang Lain? Jom Cari Tahu!

Hiburan

Rompakan Besar-Besaran 40,000 Kaki Di Atas Udara, Mampukah Filem Lift Berjaya Kalahkan Kisah ‘Heist’ Yang Lain? Jom Cari Tahu!

Jarang-jarang kita lihat kisah yang menceritakan operasi pencurian besar-besaran yang terjadi atas pesawat yang ada ramai penumpang dan beribu kaki atas udara. Namun, filem terbaru keluaran Netflix bertajuk Lift ini berjaya hasilkan satu filem heist yang menarik dan sesuatu yang baru.

Filem ini mengisahkan tentang Cyrus yang dilakonkan oleh aktor popular Kevin Hart yang merupakan ketua pasukan perompak handal yang terdiri dari enam orang ahli. Mereka ini dah berjaya merompak banyak karya seni yang berharga puluhan juta dan kali ni mereka diberi tugas untuk merompak jongkong emas di atas pesawat.

Advertisement

Dinamik dan plot yang menarik

Satu perkara yang akan berjaya tarik minat penonton adalah dinamik kumpulan perompak yang diperkenalkan dalam filem ini. Mereka yang terdiri dari enam orang dengan pelbagai latar belakang ni berjaya menjadi satu pasukan yang saling melengkapi dan ada karakter tersendiri yang mainkan peranan penting dalam keseluruhan plot.

Antaranya, ada yang merupakan seorang hacker, jurutera, pilot, penyamar dan pakar pemecah peti besi. Di antara mereka semua, Cyrus ini lah yang merancang dan menjadi ketua operasi pencurian tersebut.

Meskipun tak jauh beza dari filem heist yang lain, tapi filem Lift ini ada satu keistimewaan tersendiri tau. Disebabkan pencurian jongkong emas itu berada atas pesawat, ia dapat tunjuk satu perspektif yang baru untuk penonton.

lift

Babak yang cukup padu

Pada masa sama, kalau boleh pilih satu babak yang layak terima pujian adalah masa salah seorang ahli yang merupakan pilot ni bawa jet dia untuk hijack pesawat tersebut. Bukan itu je, ada pula aksi lawan-melawan antara jetnya dengan jet-jet yang lain dan macam mana pilot ni berjaya selamatkan jet miliknya di tengah-tengah saat genting itu.

Tambahan pula, adegan membawa jet itu bersambung pula dengan plot twist yang menarik dalam cerita Lift ini. Seperti filem-filem yang lain mesti akan ada plot twist tapi boleh cakap cerita ni adalah salah satu filem yang plot twist dia agak tak dijangka.

lift

Kekurangan dan kelebihan filem Lift

Pada masa yang sama, mana-mana cerita agak susah untuk dapat perfect score. Sama macam cerita ni juga, kekurangan dia ada pada jalan cerita itu sendiri. Meskipun ia cukup menarik tapi tak boleh dinafikan, action scene dalam cerita ini agak kurang untuk dilabel sebagai filem aksi.

Filem Lift ini pun guna terlalu banyak green screen yang membuatkan keseluruhan visual agak berlebihan dan mungkin tak terlalu realistik. Macam mana pun, lagu dan lokasi yang dipilih memang top! Lokasi macam Venice, London dan Northern Ireland berjaya tambah element manarik dalam keseluruhan filem ni.

lift

Tapi apa-apa pun, semua berbalik kepada pendapat sendiri. Kalau korang minat genre seakan-akan The Gray Man dan Red Notice di Netflix, boleh cuba tengok Lift dan alami sendiri jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan. Kalau nak cakap ini filem heist terbaik yang pernah dibuat, mungkin tidak tapi kalau korang nak tahu mereka ni berjaya atau tak curi emas itu, saksikan Lift di Netflix sekarang!

Siksa neraka
4 months ago

"Dahsyatnya Tidak Tergambar" - Filem Siksa Neraka Diharamkan Ditayangkan Di Malaysia, Jom Ketahui Jalan Ceritanya!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Netflix

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...