“Dahsyatnya Tidak Tergambar” – Filem Siksa Neraka Diharamkan Ditayangkan Di Malaysia, Jom Ketahui Jalan Ceritanya!

Hiburan

“Dahsyatnya Tidak Tergambar” – Filem Siksa Neraka Diharamkan Ditayangkan Di Malaysia, Jom Ketahui Jalan Ceritanya!

Filem Siksa Neraka arahan pengarah terkenal Indonesia Anggy Umbara yang diterbitkan sekitar akhir tahun lalu telah mencetuskan fenomena di negara seberang.

Filem seram dari Indonesia ini yang diadaptasi daripada komik lagenda ‘Siksa Bagi Para Pelacur’ tulisan MB Rahimsyah ini dilaporkan tidak dibenarkan untuk ditayangkan di negara Malaysia dan Brunei di atas sebab-sebab tertentu.

Advertisement

Plot Siksa Neraka 

Meskipun diharamkan, ramai yang tertanya-tanya sama ada filem itu terlalu ‘gore’ atau seram sehingga ia diharamkan penayangannya di negara kita.

Plot filem Siksa Neraka bermula dengan kisah kehidupan empat adik beradik iaitu Saleh, Fajar, Tyas dan Azizah yang dibesarkan dalam keluarga yang alim dan mementingkan soal hukum agama.

Didedahkan dengan kisah syurga dan neraka sejak mereka kecil, tidak hairan lagi apabila keluarga mereka sangat dihormati kerana bapa mereka seorang ustaz yang disegani dan dihormati penduduk kampung.

Siksa neraka filmSumber : Twitter  

Bak kat pepatah ‘iman tidak dapat diwarisi’, ibu bapa empat beradik itu mengharapkan anak-anak mereka mengikuti jejak langkah yang sama namun impian itu berkubur.

Cerita bermula apabila pada suatu malam, Saleh dan adik beradiknya telah menyelinap keluar daripada rumah untuk ke kampung seberang yang dipisahkan oleh sebatang sungai yang deras.

Terbangun di ‘alam lain’

Malang tidak berbau, mereka semua menemui kecelakaan dan hanyut di dalam sungai sehingga menemui maut.

Ibu bapa Saleh dan adik-adiknya akhirnya menemukan mayat anak anak mereka dalam keadaan yang cukup menyayat hati. Ketika di hari penemuan mayat mereka, Saleh tiba-tiba terbangun di alam lain seolah-olah neraka seperti yang diceritakan bapanya sebelum ini.

Siksa nerakaSumber : Twitter  

Di sana, Saleh menyaksikan sendiri pelbagai siksaan yang ngeri seperti lidah yang dipotong, tangan yang dipancung serta manusia yang dipanggang di atas api membara yang menjulang tinggi.

Menerusi siksaan siksaan itu, akhirnya terbuka segala aib dan perbuatan mungkar yang dilakukan empat orang adik beradik itu ketika mereka masih hidup di dunia.

Ibu bapa Saleh dan adik-adik juga sangat berduka cita dengan kematian mengaibkan anak mereka sekaligus tertanya-tanya di mana silapnya didikan agama yang diberikan.

Buat orang ramai insaf 

Terdahulu, pensohor media sosial Indonesia, Lucinta Luna memaklumkan bahawa dia ingin kembali ke fitrah asalnya iaitu seorang lelaki setelah menonton filem itu di pawagam.

Lucinta juga dilihat membakar koleksi pakaian dalam wanita miliknya dan mahu mendermakan beberapa barangan peribadi termasuklah rambut palsu untuk pesakit kanser.

Haram membayangkan keadaan di syurga dan neraka

Sekadar info, agama Islam melarang mana-mana umatnya untuk melakonkan situasi di syurga dan neraka kerana tiada seorang pun dalam kalangan manusia yang tahu keadaan sebenar di sana melainkan Rasulullah S.A.W.

Dengan kata lain, cukuplah umat Islam sekadar mengimani bahawa syurga dan neraka itu wujud.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

curry and cyanide: the jolly joseph case
4 months ago

Dokumentari 'Curry And Cyanide': The Jolly Joseph Case. Nampak Baik & Suci, Wanita Bergelar Ibu Rupanya 'Bertopengkan Syaitan'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...