Namun, menurut Adib, kereta bernilai jutaan ringgit tersebut bukanlah hadiah buat mereka berdua tetapi akan digunakan sebagai kenderaan rasmi sepanjang majlis perkahwinan mereka.
Abang saya, Anas, memang terbabit dengan perniagaan kereta mewah dan kebetulan, Rolls-Royce adalah antara jenama yang dijual mereka. Justeru untuk tujuan promosi, syarikatnya menaja kenderaan berkenaan untuk kami gunakan sepanjang majlis perkahwinan ini berlangsung.
Buat masa ini saya masih lagi okay. Saya ada jugalah berlatih cara hendak melafazkan akad nikah. Harapan saya, biarlah majlis itu berjalan lancar seperti yang dirancang.
Kami mendoakan agar majlis pernikahan Adib dan Izara hari ini akan berjalan lancar dan diberkati apatah lagi ia diadakan di hari Jumaat yang mulia ini. InshaAllah.