Jika sebelum ini, pengguna kad Touch n’ Go (TnG) tidak boleh menambah nilai kad masing-masing menerusi aplikasi TnG e-Wallet.
Pengguna juga perlu ‘reload’ kad menerusi terminal yang disediakan seperti kedai serbaneka dan juga stesen minyak.
Namun, semalam syarikat itu telah melancarkan kad jenis baharu yang mempunyai ciri tambah nilai secara NFC di mana ia membolehkan pengguna ‘reload’ kad masing-masing menerusi telefon bimbit. Mudah kan!
Hanya dijual dengan harga RM10 bagi setiap kad, ia sudah mula dijual dan kad tersebut perlu disambungkan dan didaftarkan di aplikasi TnG e-Wallet.
Namun begitu, jumlah nilai antara kad dan TnG e-Walle ini masih tetap berbeza dan hanya boleh tambah nilai menerusi aplikasi tersebut.
Sokongan fungsi NFC yang diperlukan bagi menyokong aplikasi ini dijangka aktif sekitar bulan Mei nanti.
Menurut Amanz, TnG telah menjual kad baharu ini namun ditunda seketika berkemungkinan untuk memberi laluan kepada pelancaran rasmi kelak.
Namun, masih ada beberapa penjual di platform membeli-belah atas talian menjual kad ini dengan harga yang lebih tinggi.