Rita Rudaini Tuntut Pemilik Twitter Bob Azuan Mohon Maaf

Hiburan

Rita Rudaini Tuntut Pemilik Twitter Bob Azuan Mohon Maaf

Kerana mulut badan binasa, kerana Twitter, kena lah mintak maaf. Itulah akibat yang harus ditanggung oleh pemilik Twitter @Bob_Azuan. Untuk makluman, twitter tersebut telah pun didelete. Anda boleh membaca entri di mana tuduhan liar dilemparkan kepada Rita Rudaini oleh pemilik Twitter tersebut di sini.

rita

Advertisement

Dan hari ini, wartawan MStar melaporkan yang Rita Rudaini menuntut pemilik akaun Twitter tersebut untuk memohon maaf atas kata-katanya. Rita Rudaini berkata:-

Saya menuntut individu tersebut membuat permohonan maaf kepada saya dengan seberapa segera. Saya telah diaibkannya dengan kata-kata kesat berbau penghinaan menerusi komen-komennya dalam Twitter berkenaan. Saya mahu dia memohon maaf secara terbuka. Saya kenal individu itu. Saya tahu dia kawan kepada pasangan Aidil Zaquan dan Ayu Raudhah tetapi dia tidak ada hak untuk masuk campur masalah rumah tangga saya.

Sementara itu Zaquan telah mengeluarkan kenyatan di bawah apabila ditanya sama ada dia menyamar sebagai Bob Azuan di dalam Twitter:-

Terima kasih di atas andaian anda. Hanya Tuhan yang lebih mengetahui kebenaran. Tak perlu nak meraih simpati orang.

Kepada pemilik akaun Twitter Bob_Azuan, minta je maaf. Tak salah dan tak rugi apa-apa pun minta maaf. Tak gitu? Info daripada Mstar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...