Terbaru, Rita menerusi portal BH ONLINE mengakui Donna antara lelaki yang rapat dengan beliau ketika ini.
Kami berkawan saja dan saya pun selesa mengenali dirinya. Dia antara lelaki yang paling rapat dengan saya ketika ini. Saya mula mengenalinya pada tahun lalu, tetapi ketika itu perkenalan kami biasa saja.
Ditanya adakah Donna mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya, Rita akui sikap Donna yang menghormati orang disekelilingnya membuatkan Rita selesa berkawan dengan lelaki tersebut.
Saya lihat, dia seorang lelaki yang menghormati orang di sekelilingnya dan kurang bersosial. Pada masa sama, kami serasi dalam apa saja topik yang dibualkan. Ada juga saya membaca komen-komen peminat yang mendoakan jodoh kami berdua. Namun bagi saya, ia sekadar satu usikan.
Gosip mereka bercinta mula hangat diperkatakan oleh netizen apabila Rita memanggil Donna sebagai “boyfriend†dalam ruangan komen di Instagram.
Donna juga kerap berkunjung ke restoran milik Rita iaitu Rumah Kueh dan ramai yang mengakui Donna juga kelihatan mesra dan pandai megambil hati anak-anak Rita.