Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Rita Rudaini Bercinta Dengan Pengacara HLive?

Bermula dengan komen Rita Rudaini di Instagram yang memanggil pengacara HLive, Donna Muslim sebagai “boyfriend”, ramai yang menyangka bahawa mereka berdua sedang bercinta.

Advertisement

Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila Donna sering berkunjung ke restoran milik Rita iaitu Rumah Kueh dan mereka berdua kelihatan begitu mesra sekali.

Namun, menurut Donna, beliau dan Rita tidak lebih daripada seorang sahabat. Donna akui beliau cukup selesa berkawan dengan Rita yang beliau kenali sejak tahun lepas lagi.

Kami berdua hanya berkawan sahaja, namun di antara rakan-rakan artis yang saya kenali, saya selesa bersama Rita kerana dia banyak membimbing saya. Dan perkara itu juga membuatkan saya respek kepadanya.

Saya kenal Rita sejak tahun lalu lagi dan mula selesa berkawan sejak saya terbitkan program LePaknil. Pada ketika itu Rita merupakan artis undangan bagi program tersebut.

Advertisement

Ditanya mengenai penggilan “boyfriend” oleh Rita, Donna bagaimanapun tidak mengambil serius perkara berkenaan dan sedar Rita sekadar bergurau sahaja.

Saya tak anggap itu sebagai satu perkara yang serius, mungkin Rita bergurau sahaja. Sejujurnya Rita ini orangnya susah nak berkawan dengan lelaki, jadi apabila dia panggil saya macam itu, maknanya saya adalah kawan lelakinya.

Bukan mudah hendak tawan hati Rita Rudaini yang sudah terluka kerana lelaki bukan? Maknanya Donna memang pandai mengambil hati Rita sehingga mereka agak rapat.  Ramai juga yang ingin melihat mereka bercinta.

Sumber Berita : Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top